Kefardhuan Yang Dilupakan
Baru-baru ini aku terbaca satu perenggang dalam kitab Jundullah di bawah sub topik Kewajipan Fardhu Yang Dilupakan.Apabila terbaca,rasa begitu menyentuh dan begitu kena pada situasi dan keadaan masyarakat kita pada hari ini yang mana Al-Fadhil Sheikh Said Hawwa menyatakan bahawa:
Membina sebuah masjid lagi di sebuah daerah yang sudah memiliki 50 bangunan masjid,hukumnya sunnah dan baik dikerjakan,serta org yang melaksanakannya akan mendapat pahala.Akan tetapi kesatuan kaum muslimin,menegakkan hukum-hukum Allah di seluruh wilayah Islam,mendirikan negara yang berundang-undang syariat Islam,merupakan kewajipa fardhu.Akan tetapi sekarang ini kewajipan-kewajipan fardhu itu seakan-akan sudah dilupakan.
Apabila membaca petikan tersebut,terasa memang tepat apa yang berlaku pada kita zaman sekarang ini.Wahai ahli gerakan Islam,bangkitlah kita dalam menyedarkan diri-diri yang masih lena dalam selimut ketakutan utk berkata benar dalam menegakkan agama Islam.











No comments:
Post a Comment