Pages

Thursday, October 23, 2008

Menitip Keampunan-Mu



Bila direnung,difikir,dikaji dan sememangnya diri kita mengakui bahawa kita adalah makhluk.Allah adalah sebagai khaliq yang menciptakan kita semua.Kita tahu bahawa kita adalah hamba.Namun...

Namun kita tetap juga berlagak seolah-olah kita tuan empunya segala yang ada.Kita adalah raja,pemimpin yang akan kekal selamanya.Kita adalah yang maha berkuasa.Itulah hakikat yang berlaku.kekadang kita alpa dan lalai,serta kita terlupa bahawa kita ada pemerhati yang sejati yang tetap setiap memerhatikan segala gerak geri dan tingkah laku kita setiap masa dan detik selagi nafas kita ada.

Kita tahu apa yang Allah larang,dan kita juga tahu apa yang ALlah perintah laksanakan.Namun hati dan hawa nafsu masih lagi tetap berdegil melanggar perintah.Nampaknya nafsu dalam diri kita masih lagi beraja dan bertakhta di singgahsana.

Masih ada ruang dan tempatkah untuk Allah beraja dan bertakhta dihati kita semua?
Usaha gigih perlu kita usahakan agar Allah sentiasa berada di dalam jiwa-jiwa kita semua dan duni berada di tangan kita.

Sama-samalah kita membuat projek,program yang ianya dapat sedikit sebanyak mendidik hati-hati kita agar patuh dan taat pada Allah.

No comments: