Sejarah 2 Ramadhan
Alhamdulillah hari ini adalah hari kedua umat Islam sedunia berpuasa.Hari ini juga natijah peperiksaan bagi yang daur thani tahun 3 takhassus Maahad Qiraat Shoubra telah keluar termasuk juga aku punya.Segala puji dan syukur ku panjatkan kepada Allah,syukur kerana sahabat2ku telah lulus,semoga mereka akan teruskan mata2 perjuangan di medan yang akan lebih mencabar.Untuk aku sendiri mungkin Allah inginkan tinggal di bumi yang penuh barakah ini lebih lama.Namun mudah-mudahan tahun akan datang aku juga akan peroleh kejayaan yg sebenar.
Walaupun tidak ditakdirkan najah tahun ini,namun hati ini rasa berpuas hati kerana menikmati hasil usaha sendiri.Pasti di sana ada kekurangan pada diri ini dan juga masih kurang berusaha,namun aku yakin dan percaya pasti ada hikmahnya.
Ramadhan kedua telah berlalu,masa lepas telah meninggalkan kita wahai diri yg hina.Di manakah kedudukan kita sekarang ini?Adakah di tahap dan takuk yg lama?Apakah peningkatan amalan kita pada hari ini?Masih statik?
Semoga kita dalam peliharaan Allah s.w.t
 

 
 
 














 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



No comments:
Post a Comment