Selamat Kembali Ke Bumi Mesir
Alhamdulillah pada tarikh 7 Ogos 2008 jam 6.50 pagi waktu Mesir aku telah selamat sampai kembali ke bumi anbia' ini.Setelah pulang ke tanah air selama hampir sebulan setengah.Datang kembali menyambung sisa2 perjuangan sebagai mahasiswa di bumi asing.
Terkenangkan tanah air,terasa bukan sebuah negara yang begitu aman sebagaimana yg diwar-warkan.Jika Malaysia dikatakan negara pengganas pun rasanya sudah lojik diterima akal kita yang waras.Mengapa?Pembunuhan di mana-mana sahaja.Itu saja sudah cukup menggambarkan negara kita sudah tidak aman.
Kes-kes kanak-kanak hilang entah ke mana,kalau jumpa pun hanya mayat,kena rogol,liwat dan bermacam-macam kes.Apa lagi yang kita hendak banggakan dengan Malaysia kita kini walaupun sudah merdeka dari penjajah 50 tahun lebih namun rakyat tetap berada dalam keadaan ketakutan.
Mungkin inilah bahana apabila pimpinan diambil alih oleh mereka yang bukan ahlinya dan juga pimpinan yang hanya ingin membesarkan perut masing-masing sahaja.
Malaysia oh tanah airku
Akan tergadaikah negara tanah air kita kepada mereka yang tidak sepatutnya?
Terjaminkah kehidupan kita seharian tanpa pedoman?
Sama-samalah kita renung,fikir,dan cuba buat apa yang terbaik.
 

 
 
 














 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



No comments:
Post a Comment