Pages

Thursday, August 28, 2008

Menjadi Pimpinan Terpaksa Atau Sukarela Atau.....



Sekadar hiasan

Kepemimpinan adalah merupakan antara kelompok atau golongan yg mana dalam kedudukan masyarakat merupakan golongan atasan.Pemilihan pucuk kepemimpinan ada yg dipilih melalui bermacam-macam cara.Pilihanraya,keputusan syura,rampasan kuasa,dan bermacam-macam.

Kepimpinan banyak peringkat.Baik di peringkat rendah,menengah,ipt,negeri,negara bahkan dunia.Mereka yg menjadi pemimpin ada yg memikul amanah ini dengan penuh rasa bertanggungjawab,ada yg terpaksa,bahkan ada juga istilah paksa rela.Ada sesetangah golongan atau individu beriya-iya utk memegang jawatan tinggi.Mengapa?Ada yg kerana nak bolot harta,nak kemasyhuran,nampak hebat pada mata manusia dan bermacam-macam jenis manusia dalam golongan pemimpin.

Namun dalam Islam,di mana dalam hadis Rasulullah s.a.w telah menyatakan yg mana kesimpulan daripada hadis itu bahawa setiap kita adalah pimpinan,dan kita semua pasti akan disoal di akhirat kelak atas segala amanah yg telah dipertanggungjawabkan.Bukan semata-mata kerana tasyrifan(kemulian) bahkan sebagai taklifan (tanggungjawab).

Namun daripada segala amal perbuatan seharian kita,baik sebagai pimpinan,ahli,anak,bapa,dan semua dikalangan kita selaku manusia adalah kembali kepada firman Allah yg mana maksudnya bahawa tidaklah dijadikan jin dan manusia ini hanyalah utk beribadah kepada-Ku yakni Allah.

Jika kita selaku seorang muslim yg faham akan kedudukan kita dengan Allah,insya-Allah masalah-masalah sebagaimana yg berlaku pada hari ini akan selesai.Sekarang ini jika kita perhatikan dalam akhbar dan juga berita tanah air khususnya.Masalah rasuah,salah laku dan juga bermacam-macam jenis kes-kes jenayah telah melibatkan pimpinan itu sendiri,tidak kira siapa boleh dikatan semua peringakat daripada atas sampailah ke bawah.

Masih stabilkah negara kita?Mungkin inilah antara salah satu sebab apabila pucuk pimpinan dipegang oleh golongan yg jahil.Bukan jahil IT tapi jahil agama.Siapakah yg patut dipersalahkan dalam hal ini?Sepenuhnya pada pimpinan atau kita juga selaku rakyat juga patut dipersalahkan?

Satu pandangan peribadi,apa yg dilihat,apabila pimpinan yg menjadi pemimpin adalah tidak dapat terima jawatan sepenuh hati dengan penuh rasa bertanggungjawab,penuh rasa terpaksa,lihatlah di sana nanti bahtera tersebut akan dapat meneruskan lagi atau tidak perjalan di lautan yg mengganas.

Keikhlasan menjadi tunjang utama.Buat kerja kerana Allah demi Islam tercinta.

Siiru 'ala barakatillah

No comments: