Pages

Monday, March 03, 2008

Adakah Kita Lupa?

Nikmat Tuhan tiada terhingga,dikurniakan kepada hamba,baik yang taat atau derhaka,untuklah semua tiada terkira.

Di dalam al-quran Allah telah menyatakan yang mana mafhumnya bermaksud,bahawa andaikata kita semua hendak menghitung segala nikmat kurniaan daripada Allah kepada kita,nescaya tidak akan terhitung,besar,banyaknya nikmat tersebut.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Itu adalah hakikat yang tidak dapat kita semua nafikan.Baik yang muda,tua,miskin,kaya,sihat,sakit,alim,jahil,dan sebagainya tidak akan terlepas dari dicabut nyawa oleh malaikat Izrail.Wajib setiap yg bernyawa merasainya.Bagaimanakah bentuk kematiaannya kita tidak tahu,mati kita sebagai hamba yang soleh atau yang kufur terhadap Allah.Mati semasa belajarkah,mati semasa naik kenderaankah,mati kemalangankah,mati dibunuhkah,semuanya kita tidak tahu.Namun yang paling penting bagi orang Islam,lagi mukmin adalah yakin dengan segala janji-janji Allah.Ada hari pembalasan,adanya hari kita semua akan dihitung segala amalan kita di dunia ini.

Oleh yang demikian wahai manusia,sedarlah,ingatlah kembali dimana kita semua akan kembali kepada Allah,kita semua akan disoalkan oleh Allah atas segala amalan kita didunia,kemanakah hati-hati kita cenderung selama ini.Fahaman sekularkah,nasionalismekah,merasakan Islam ada kekurangankah dan bermacam-macam fikiran dalam benak kita semua.Peluang hidup di dunia hanya sekali,usah ragu untuk cenderung pada kebaikan dan usah gentar pada menunaikan hak kebenaran.

Salam hormat,semoga bertemu lagi.

No comments: