Pages

Friday, February 15, 2008

Tok Kenali

Cerita-cerita tentang karamah adalah perkara biasa di kalangan masyarakat Islam di negara ini satu ketika dulu.Orang tidak anggap pelik ramai yang telah menyaksikannya atau sekurang2nya mendengar cerita dari orang yang melihat berlakunya karamah pada wali,terutama dikalangan anakmurid wali itu sendiri.Cuma sekarang ni sudah jarang diceritakan oleh umat Islam di zaman ni.Namun ini tidak bermakna wali sudah tidak wujud lagi.

Wali tetap ada disetiap zaman.Setiap meninggal seorang wali,ALLAH akan naikkan orang lain menggantikannya sebagai wali mengikut darjat-darjat tertentu.Cuma antara menonjol atau tidak menonjolnya mereka ditengah masyarakat..Antaranya Tuk Kenali tidak asing lagi di negara ini,dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani.Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat jolokkan 'Serambi Makkah'.

Di samping mengajar,Tuk kenali aktif dalam penulisan,urusan kemasyarakan dan juga pemerintahan.Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah'Pengasuh'.Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu kelantan dan Ahli MAjlis(Dewan)Ulama.
Tuk kenali berpesan kpada murid2nya antara lain,"Mengaji sungguh-sungguh"dan "Buka pondok".Menurut sumber yang boleh dipegang,Tuk kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah.Beliau dikurniakan banyak karamah,kelebihan yng pelik-pelik tetapi benar berlaku.

Awang kenali Anak Genius...
Seorang anak yang mempunyai nama timangan'Awang'yang baru berusia sekitar enam tahun ketika itu,berusaha menghafaz ilmu yang baru dpelajarinya.Awang memang dianugerahi ALLAH kepintaran disamping mempunyai ingin tahu dan maju yang kuat.Dengan beberapa kali ajar dan biasanya sekali ajar saja,dia dapat menulis dan membaca Al Quran dengan tajwid dan tartilnya...
kecemerlangan Awang Mohd Yusof dalam bidang pengetahuan tak berakhir disitu.Untuk memenuhi cita-citanya melanjutkan pelajaran di Kota bharu.

Dari situlah bermulanya perjalanan hidupnya yang panjang untuk menguasai ilmu selama lebih 25 tahun termasuk 17 tahun di Makkah dan 5 tahun di Mesir.Dan sebaik pulang dari perantauan menuntut ilmu,mulalah beliau menyumbang bakti pada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dan pelajaran.

Beliau membuka dua pusat pengajian pondok di kampung kelahirannya,kenali,dalam jajahan Kota Bharu.Disinilah beliau mengasuh dan mendidik,hingga melahirkan tuan-tuan guru yng turut berjuang dengan membuka pondok-pondok pengajian ditempat masing2..sejak itu masyhurlah seorang ulama berbadan gempal,bermisai,berjanggut serta berjambang dan gemar kepada pakaian serban jubah itu sebgai seorang wali ALLAH dengan gelaran Tuk Kenali.

Berkat doa dan Asuhan ibu..
kejayaan Tuk kenali dalam bidang ilmu dan kepimpinan adalah berkat asuhan dan ibunya,seorang wanita solehah bernama Fatimah yang mengharapkan anaknya muncul sebagai seorang yng mulia disisi agama.Tuk kenali mendapat bimbingan awal datuk sebelah ibunya,yang dikenali dengan nama tuk Leh,seorang imam kampung yng alim.Datuknya yng mengajar menulis dan membaca AlQuran selepas kematian bapanya Ahmad,seorang petani warak.Sejak itu bermulalah MOHD YUSOF bin AHMAD yang akhirnya masyhur dengan gelaran TUK KENALI,hidup yatim ketika baru berusia lima tahun(tahun 1873).
Dikota bahru,beliau belajar dengan beberapa orang tuan guru;anataranya Encik Ismail bin MAhmud(pernah menjadi kadi),Tuan Guru HAji Ibrahim bin Yusof(pernah jadi Mufti kelantan)tuan guru Haji Abdul Samad bin Md Salleh(terkenal dengan gelaran Tuan Tabal),Tuan Guru Haji Muhammad(yang terkenal dengan gelaran Tuan Padang)dan beberapa orang tuan guru lain....
Dalam beberapa tahun saja beliau dapat membaca kitab-kitab seperti Al Airrumiyyah,Syarh Ibnu 'Uqail,Al Fiyyah dan Mutamimah,yang semuanya berhubung dengan nahu saraf.Beliau juga khatam banyak kitab dalam jurusan tauhid,Feqah,Tasawuf dan lain-lain.....
Tuk kenali bertolak ke Tanah Suci dengan kapal layar ketika usia 18tahun(sekitar tahun 1886).
DiMAkkah,hampir tujuh bulan pertama Tuk Kenali tiada tempat tinggal tetap,hanya menetap diSERAMbi MAsjidil Haram.Dipendekkan sikit...
Tuk kenali belajar dengan ramai tuan guru dari kalangan ulama-ulama besar diMekah.Antara gurunya yng berbangasa Arab ialah Al 'Alamah Syeikh HAbibullah dari mesir,Al 'Alamah Syeikh 'Abid,Mufti Al Malikiah,Al 'Alamah Syeikh Muhamda Amin,imam bagi mazhab HAnafi,Al'Alamah Syeikh Bakri,Al'Alamah Syeikh Mohd Yusof Al khiadh dan Al 'Alamah As Sayid Abdullah bin Sayid Saleh As Zawawi,MUfti Makkah..
Dan diantara guru-gurunya yng berbangsa Melayu ialah Asy Syeikh Mukhtar 'Akthar Al Jawi Al Minangkabawi Al Bukri(Bogor),Asy Syeikh Ahmad bin Abdul Latif Al Minangkabawi,Asy Syeikh Muhammad bin ISmail Al FAtani,Tuan Guru Haji Wan Ali kutan,Tuan Guru HAji Md.Daud dan Al Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Mustaffa Al FAtani..........
Guru dan pembimbing Tuk kenali yang Utama ialah Al'Alamah Asy Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustafa Al Fatani,yang juga menjadi bapa angkatnya..Syeikh Wan Ahmad ini seorang Ualama besar yang banyak mengarang kitab serta menjadi pentashih pada banyak kitab karangan ulama Jawi,khususnya kitab-kitab karangan ulama Pattani....
Syeikh Ahmad Fatani ialah anak saudara pada 'Alamah Asy Syeikh Daud Al Fatani menerusi nasab ayahnya Muhammad Zain yng abang kpada Syeikh Daud.Syeikh Daud adalah ulama terkemuka diNUsantara,pembawa amalan Tareqat Syatariah.Beliau mengarang lebih 50 buah kitab termasuk kita Furu'il Masail dan Darussamin...
Berkat ramainya ulama hebat yang menjadi guru kepada Tuk Kenali semasa diMekah maka beliau muncul sebagai ulama pakar dalam berbagai bidang jurusan ilmu khususnya nahu saraf dan tasawuf.MAlah dalam jurusan feqah,beliau alim empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jammah dan sangat arif tentang perjalanan mazhab ikutannya iaitu Mazhab Syafi'i.
Dibidang Tasawuf,Tuk kenali adalah pengikut aliran tasawuf Hujjatul Islam Imam Al Ghazali,manakala bidang tauhid,beliau berpengang dengan aliran ulama usuluddin yang terkemuka,Imam Abu HAssan Asyaari dan Abu MAnsur Al MAturudi..

Setelah 17tahun diMekkah,Tuk Kenali bersama gurunya syeikh Wan Ahmad Al FAtani melawat Mesir.kedatangannya mereka menjadi buahmulut khususnya para pelajar."Ulama Besar" sedang membuat kunjungan diMesir..begitu dihebohkan oleh orangramai.
Tuk kenali sering diberi peluang menjawab soalana2 dalam majlis pengajian gurunya.Semua soalan dijawabnya dengan tepat dan padat sehingga nama Tuk Kenali segera terkenal dikalangan penuntu2 diMesir.Secara langsung Tuk kenali diktiraf sebagai ulama terkemuka dikalangan cerdikpandai Mesir.
Walaupun hanya lima tahun diMesir,Tuk Kenali banyak menimba ilmu dan pengalaman dinegara yng mempunyai ramai ulama dan terkenal dengan Universiti Al Azhar.
DiRingkas cerita lagi..
Tuk kenali mengadakan kelas pengajian terbuka untuk orang ramai dirumahnya.Anak muridnya bertambah ramai,maka mereka mendirikan pondok-pondok kecil disekeliling rumahnya untuk mengikuti kelas pengajian beliau,sembahyang berjemaah,berwirid,dan beramal.Dalam masa yang sama,Tuk kenali mengajar diMasjid Al Muhammadi dikota Bharu,yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian tinggi.Beliau berpegang pada falsafah bahawa dakwah,tarbiah dan ilmu perlu disebarluas kpada orangramai......

Nama Tuk Kenali masyhur sebagai Tuan Guru yang mahir dalam ilmu nahi dan saraf serta tasawuf.Beliau juga menguasai ilmu Tafsir,Hadis,Tauhid,Feqah dan sebagainya..

Tujk Kenali lazimnya mengajar tanpa membawa kitab;cukup sekadar mendengar salah seorang anakmuridnya membaca,kenudian beliau akan syarahkan dan betulkan jika ada bacaan yang silap..
Antara kita-kitab yang dijadikah teks pengajiannya ialah Ihya Ulumiddin karya Hujjatuk Islam Imam Al Ghazali,Sirrus Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Al PAlembangi dan kitab HIkam karangan Ibnu Ato'illah.

Setelah 23tahun hidup sebatang kara,barulah Tuk Kenali mencari pasangan hidup pilihannya bernama Siti Ruqayah,seorang janda muda berusia 18 tahun,sedangkan umur Tuk Kenali 40tahun ketika itu.
BErkat perkahwinan yng bahagia,mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.Anak lelaki beliau semuanya muncul ssebagai tuan guru.
Mereka adalah ;
1.Tuan Guru Haji Ahmad,anak sulung,mendapat bimbingan dari ayahnya..Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Bakok kerana rumah tempat tinggalnya dikenali bersebelahan dengan pondok penuntut dari Siam yang terkenal dengan kota Bangkok.
2.Tuan Guru Haji Salleh,anak Tuk kenali yang paling lama belajar diMAkkah dan terus bermukim disana serta mengajar Di MAsjidil HAram.Beliau seorang pengarang dan telah mengarang lebih 60 buah kitab dan risalah mengenai berbagai persoalan agama.
3.Tuan Haji Mahmud,Anak ketiga Tuk kenali,seorang yang tidak kurang juga ilmunya,menjadi khatib tetap dimasjid peninggalan ayahnya.
4.Tuan Haji Abdullah Zawawi,anak bongsu Tuk Kenali yng mendapat didikan diMakkah sehingga keperingkat menenngah tinggi dan seterusnya memasuki kuliah Syariah disalah sebuah universiti diMAkkah selama 4tahun dan lulus pada tahun 1961,kemudian berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi sebagai pegawai pendidikan dan pernah jadi pengetua dibeberapa buah sekolah menengah diArab Saudi.


Dianatara anak2 murid Tuk Kenali yang terkemuka ialah:
Syeikh Idris Al Marbawi dari perak,pengarang dan ulama terkenal(penyusun kamus Marbawi),Syeikh Othman Jalaluddin,guru pengasas pondok yng warak dan juga seorang pengarang kitab,berasal dari penanti,Hj.Sallehuddin,pulau pinang,Hj Tam,kedah,Tuan Guru Hj Othman(Pak Man),bukit besar,Tuan Guru Ahmad Lundang,Hj Ahmad Tawang,Hj Nor Bot,Hj ALi ,pulau pisang,Hj Mat Jebang,Tuan Guru Hj Awang Yusof pembangun pondok ditanah Serendah sekebun Bunga,Tuan Guru Hj Daud bin Hj Omar,Bukit Abal,ahli tasawuf dan tariqat yang terkemuka,tuan Guru Hj Yaakub bin ismail,Legor,selatan thailand.Tuan Guru Hj Zainal Abidin Sura dan ramai lagi anak murid Tuk Kenali yang hebat2 daripada ribuan anak murid beliau....

Dengan kata-kata Tuk Kenali yng sering mengalakkan anak2 muridnya membuka pondok,maka mercu tumbuhlah pondok2 pengajian dengan pesat sekali...Selain menubuhkan Pondok Tuk Kenali,beliau juga pengasas Jamiatul Asriyah.


Pendidikan Pondok Tuk Kenali....
TUk Kenali menekankan teknik menghafaz pelajaran terutamanya Nahu saraf yang menjadi ibu bagi memahami kitab-kitab Arab.Begitu juga Balaghah,Bada'i,Bayan,dan Arudh.Baginya ilmu itu ialah apa yang difahami dan dingati didada,bukan semata-mata dalam tulisan dikitab.
Penekanan ini mendorong anak2 muridnya bertungkkus-lumus menghafaz terutamanya pada malam2 sepi dipondok penginapan masing2.....
Ramai muridnya berkata"Berkat Tuk Kenali,mudah kami menghafaz pelajaran."

NAmun Tuk Kenali tak pernah memarahi pelajar2 yang lemah dalam pelajaran atau tak mampu menghafaz....kerana cerdik dan bod*hnya seseorang itu semuanya pemberian Allah s.w.t....Tuk kenali terus mendidik dan mengajar.
Sewaktu mengajar,Tuk Kenali selalunya tak bawa kitab.Cukup dengan mendengar salah seorang muridnya membaca,kemudian disyarahkan dan dibetulkan dimana yang silap.kelaziman ini membuktikan bahawa beliau sabgat arif tentang semua matan dan syarah kitab2 yang diajarnya...
Banyak Tuan-tuan guru yang lain mengikuti dan meniru caranya mengajar..

Pada keseluruhannya Tuk Kenali berpegang kpada cara pendidikan rohaniah yang dipegang oleh Hujjatul ISlam Imam Al Ghazali.Ini dapat dilihat pada teks pada pengajian tasawufnya yng kebanyakkan karang Imam Al Ghazali.Mengajar kitab Hikam karangan Ibnu Ato'illah yng banyak membicarakan perjalanan hati dan para wali...


KITAB-KITAB PENGAJIAN...

Semua kitab yng menjadi teks pengajian dipondok Kenali adalah kitab-kitab yng muktabar karangan Ulama-ulama aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah..
Antara kitab-kitab itu ialah;
TAUHID: Antaranya MATAN AL JAUHARAH AL TAUHID KARYA IMAM IBRAHIM AL LAQANI,MAtan As Sanusiyah karya Imam Muhammad B.YUsof As Sanusi,Kitab Akidah An Najin dan seterusnya kitab2 yng lebih besar seperti Darus SAmin dan lain.......

FEQAH:Antaranya Kitab Matan Safinah An NAja,Fathul Qarib,At TAhrir dan Al Iqna',KItan-kitab besar seperti Al MAjmu' dan Al Umm,kitab induk Imam Syafi'i r.a....

TASAWUF: Antaranya kitab Bidayah Al Hidayah karangan Imam Al Ghazali,Hidayah As Salihin(Syarah kitab Bidayah Al Hidayah)karangan Syeikh Abdul Samad Al PAlimbangi,Sirus As Salikin(intisari kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Al Ghazali)juga karangan As Syeikh Abdul Samad Al palimbangi dan tidak ketinggalan kitab Al Hikam karangan ibnu Ato'illah.

TAFSIR:ANTARANYA Tafsir Jalalaian karangan Jalaluddin Al MAhalli dan JAlaluddin As Sayuti,Tafsir ;Ala Al Jalalaian dan Tafsir Al Khazin bertajuk Lubab At Ta'wil Fi Ma'ani At Tanzil.

BAHASA ARABTERUTAMANYA NAHU SARAF)antaranya kitab-kitabnya MAtan Al Ajirrumiyah,Matan Al BIna,Syafh Ibnu 'Uqail,Matan Al Fiyyah dan syarahnya.Seterusnya kitab Usymuni dan Mughni Al Labib karangan Ibnu Hisyam.


KARAMAH TUK KENALI:

BANYAK cerita karamah Tuk Kenali:Antaranya;
1.Tuk Kenali benci amalan jahiliah berlaga kerbau yang masih menjadi kegemaran orang zaman itu.Satu hari,riuh-rendah orangramai berpesta meraikan kemenangan kerbau milik Tuk Deramin.Kerbau itu dipakaikan baju berhias.Kebetulan bertembung dengan tuk kenali,lalu beliau bertanya,"kenapa dipakai2 macam ni?
Orang disitu menjawab secara mempersenda,"kerbau tu panas"Tuk kenali pun membalas jawapan dengan berkata,"Biar dia panas."an pada malamnya rumah Tuk Deramin termasuk bangsal kerbaunya terbakar hangus...

2.Ada seorang yng menjala ikan tak dapat2 sebarang jenis ikan,lalu bertembung dengan Tuk Kenali.Lalu dipegangnya sambil menepuk2 jalanya itu.Selepas itu orang itu menjala dengan sekali campak(tebar)saja sudah dapat sungguh banyak ikan....

3.Pernah berlaku beberapa kali anakmuridnya mendapati Tuk Kenali menyeberangi sungai tanpa dilihat melalui jambatan ataupun menaiki perahu..Cerita ini amat panjang...DAn Tuk Kenali pula berjalan cepat sehingga anak-anak muridnya selalu ketinggalan..

4.Tuk Kenali dikatakan ada Firasat yang benar.Ini dapat dibuktikan dengan ramalannya yang betul2 berlaku.Sabda Rasulullah s.a.w.,maksudnya:"Takutilah firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan Nur(Cahaya)Allah."\Pernah Tuk kenali memberitahu,"Jepun akan memjajah Tanah Melayu."Ternyata lapan tahun selepas beliau kembali kerahmatullah,bangsa bermata sepet itu masuk menguasai Tanah Melayu...
Tuk kenali juga pernah memberi amaran supaya bersiap sedia kerana banjir besar akan me;anda kelantan.Beliau berkata,"Aku ada alamat akan berlaku bah besar.kerana itu kamu bersiap sedialah...."Setahun kemudian berlakulah bah besar seperti dikasyafkan kepada TuK Kenali dengan 'bah merah',yng tertera dalam catatan sejarah penting negeri kelantan;berlaku pada Disember 26,1926.Air sungai kelantan melimpahi tebing dan menenggelamkan bandar kota Bharu,hingga 12 hari baru surut.Banyak jiwa terkorban,binatang ternak mati,rumah serta bangunan yang rosak..(Beberapa hari selepas berlaku bah besar ini,berlaku pula kebakaran besar dikota Bharu)......


BIDANG PENULISAN:

Dengan inisiatif tuk Kenali sebagai tenaga penggerak lahirlah majalah bulanan yng dipanggil pengasuh pada julai 1918....dengan ulasan oleh Ustaz Abdullah Qari' dalam buku karangannya,PUsaka Tuk Kenali...
Selain menjadi tenaga penggerak Pengasuh,Tuk Kenali juga adalah penasihat dan penulis bagi majallah Islam,Al Hidayah.
Dalam bidang penulisan ilmiah,Tuk Kenali telah berusaha menterjemahkan kitab Al Umm dan Tafsir Al Khazan walaupun terjemahan kedua-dua kita itu tak sempat disiapkan sepenuhnya...Usaha penterjemahan itu adalah atas permintaan Sultan Kelantan sendiri menerusi surat bertarikh 15 april 1929 pada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Bagi peringkat rendah pula,Tuk Kenali menyusun kitab pelajaran nahu saraf(Tasrif)yang kemudiannya diterbitkan oleh muridnya Tuan Guru Hj Ali Solehuddin dengan judul Ad Durus Al Kunaliyah Al Ibtidaiyah dan TAsrif 'Arf yng disusun oleh muridnya Syeikh Othman Jalaluddin.Risalah pelajar (buletin)Talamiz...
Tuk Kenali adalah juga pengarang kepada kitab khasiat Bintang2 dan Mujarrabat menggunakan nama pena AWANG KENALI.....

No comments: