Pages

Tuesday, October 09, 2007

Tazkirah1 : Sempena Ramadhan Yang Akan Pergi

Tazkirah1 : Sempena Ramadhan Yang Akan Pergi

Tarikh : 27 Ramadhan 1428 bersamaan 9 Oktober 2007

Alhamdulillah,segala puji dan puja hanya layak buat Allah Yang Maha Esa,selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda,para sahabat dan semua pengikut-pengikut yang telah mengikuti jalan yang telah baginda Rasulullah tinggalkan buat kita semua.

Alhamdulillah juga kerana pada hari ini kita umat Islam telah berpuasa untuk hari yang ke-27.Semoga segala amalan-amalan kita sebelum ini semuanya akan diterima oleh Allah s.w.t sebagai amalan yang ikhlas daripada kita selaku hamba-Nya yang sememangnya patut mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Tuhan sekalian alam.Dan juga semoga baki yang ada ini kita semua dapat berbuat amal sebanyak,sebaik yang mungkin.

Allah taala telah berfirman di dalam Kitab-Nya yang suci :

Surah Al-Baqarah

$ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÑÌÈ

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Puasa diwajibkan kepada kita umat Islam dan juga diwajibkan kepada umat-umat yang terdahulu,bukanlah amalan ini hanya diwajibkan kepada kita semata-mata.Satu kewajiban yang sama cuma berbeza dari sudut bagaimana puasa itu dilaksanakan sahaja.Di dalam ayat di atas Allah menyebut diwajibkan kita berpuasa agar kita bertakwa.Di dalam surah Aali-Imran juga Allah berfirman :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#qà)®?$# ©!$# ¨,ym ¾ÏmÏ?$s)è? Ÿwur ¨ûèòqèÿsC žwÎ) NçFRr&ur tbqßJÎ=ó¡B ÇÊÉËÈ

102. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Daripada Abdullah ibn Mas’ud telah berkata bagi maksud takwa dengan sebenar-benar takwa ialah ditaati jangan diingkari,hendaklah diingati jangan dilupai,hendaklah disyukuri jangan dikufuri.Daripada maksud ini dapatlah kita ambil sedikit kesimpulan terhadapa apa yang disampaikan itu bahawa hendaklah kita semua taat terhadap segala perintah Allah yang telah Dia perintahkan untuk kita buat dan juga suruh kita tinggalkan,mesti ingat segala suruhan tersebut,mesti ingat jangan kita lupa,lalai dan leka.

Sedikit persoalan yang dapat kita timbulkan di sini,adakah kita sudah berpuasa?Jika kita sudah berpuasa,adakah kita sudah benar-benar bertakwa kepada Allah taala?Semoga ianya menjadi sedikit renungan buat saya dan juga sahabat-sahabat yang membaca.Semoga Allah ampuni sedala dosa kita semua.Semoga bertemu di lain siri insya-Allah.Wassalam.

No comments: