Perempuan Jadi Rebutan!!!
Mati Rebut Perempuan
Lelaki dikenali sebagai
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mayat mangsa ditemui di tingkat bawah sebuah plaza di situ oleh seorang pejalan kaki yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum menghubungi polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata mangsa yang keluar minum bersama rakannya sebelum itu bertengkar dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Jalan Ipoh.
Menurutnya, selepas bertengkar, mangsa dan beberapa rakannya keluar dari restoran berkenaan.
“Polis percaya selepas mangsa keluar, dia diserang kumpulan lelaki yang bertengkar dengannya dalam restoran.
“Mangsa yang mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian menemui sebatang kayu.
Katanya, polis turut menyiasat kemungkinan mangsa diserang di tempat lain sebelum mayatnya ditemui di tempat kejadian.
Mayat mangsa yang bekerja di sebuah bengkel motosikal di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sepasukan polis Unit Forensik dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.
Polis sedang mengesan kumpulan lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dan meminta mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Sumber: Metro Selasa, 11 September 2007
Berebut perempuan!!!!!
Mengapa berebut perempuan????....Mengapa tidak semua manusia berebut lelaki!!!!Di manakah akal waras kita semua….di mana letaknya ajaran agama…sesungguhnya di dalam ajaran Islam yg murni telah diajarkan kepada kita tentang qada’ dan qadar Allah s.w.t….
Wahai diriku dan umat Islam sekalian,mahukah kita mengulang kembali kisah bagaimana anak Nabi Allah Adam a.s telah lakukan???...Tidak cukupkah itu sebagai pengajaran buat kita semua????...Sedarlah diri yg hina…penuh nan dosa…saat utk kita semua kembali kepada Allah terlalu hampir sekali…bersiaplah!!!!!!
Janganlah kita yg beragama Islam berkelakuan seperti pengganut agama lain…kita ada jalan dan laluan yg mesti diikuti…hidup bukan hanya seronok bersama dengan wanita dan perempuan…dalam Islam itu bukan matlamat utama kita semua…kita ada kerja dan tanggungjawab yg lebih besar lagi selaku hamba Allah….
Dan saling tolong menolonglah kita di atas perkara kebenaran…dan janganlah kita saling tolong menolong di atas perkara kemungkaran…..











No comments:
Post a Comment