Bila Lembu Menjaga Lembu...
Sistem kehidupan manusia dan seluruh alam ini amat cantik dan indah jika semuanya ikut cara,peraturan,undang-undang yang telah tuan punya alam ini aturkan dan susun.Akan tetapi bila ada juga manusia yang merasakan bahawa cara dan jalan penyelesaian yg mereka fikirkan dengan akal itu adalah yg terbaik maka hancurlah alam ini.Tidak pandai,akan tetapi buat-buat pandai.Sesungguhnya firman Allah ada menyatakan maksudnya lebih kurang,"Bahawa sesungguhnya kerosakan di darat dan juga lautan adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri".Inilah manusia yg takabbur,rasa diri penuh berkuasa,masih tidak sedar bahawa ada lagi Yang Maha Berkuasa di atas sana.Sedarlah wahai insan yg berakal sekalian.Hidup ini tidak lama.Bila-bila masa sahajat Allah,Tuan kita akan panggil mengadap Dia.
Wahai teman-temanku sekalian,cuba kita bayangkan,jika lembu yang menjaga lembu...apakah yg akan terjadi?Akan sempurnakah?Tersusunkah kehidupan lembu tersebut?Teruruskah segala kehidupan lembu tersebut?Adakah manusia juga yg kena uruskan semuanya?Kena sediakan tempat tinggal lembu itu.Arah pergi padang rumput dan sebagainya.Rasanya dengan akal yg waras sudah tentu begitukan.
Tetapi bagaimana pula dengan kita manusia insan ini?Adakah sesama kita juga yg layak dan mampu menjaga sesama kita?Kena ikut undang-undang ciptaan manusia yg ingkar pada perintah Tuan empunya alam ini?Siapakah yg lebih bijak dan mengetahui tentang masalah kita semua?Lihatlah sekeliling kita sekarang ini.Natijah bila manusia buat pandai,rasa bijak sangat dah,konon-konon bila dapat Phd berpuluh-puluh,ada jawatan rasa dialah paling bijak dalam dunia ini.Masih tidak sedar,otak dan akal dia itu Allah yg kurniakan.
Lembu jaga lembu....hancurlah institusi lembu...manusia jaga manusia..hancurlah dunia ini.Sedarlah wahai hati-hati yg masih ada lagi keimanan kepada Allah Tuhan sekalian alam ini.Marilah kita semua kembali pada jalan yg benar.Masih belum terlambat utk kita kembali pada jalan yg benar dan bertaubat kepada-Nya.Ingatlah janji-janji Allah pada mereka yg taat dan patuh pada perintah-Nya...akan tetapi jgn dilupai akan janji-janji azab yg pedih pada mereka yg ingkar akan perintah-Nya.
Selamat berpuasa,semoga segala amalan kita semua diterima oleh Allah.Semoga hidayah-Nya sentiasa menaungi kita semua.Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami semua.Terimalah segala amalan kebaikan yg telah dan akan kami lakukan,ampunilah dosa-dosa kedua org tua kami.Amin ya Allah.











1 comment:
Salam Cucu Tok Jambul. Betul ckp cucu. Tapi dunia ni dah wujud seberapa abad lamanya dn pelbagai fahaman dah tercipta oleh manusia sendiri, dan telah pun diikuti dengan luas oleh seluruh dunia, sama ada dalam bentuk sedar atau tidak. Sukar utk mengubah sesuatu yang telah lama wujud dan telah lama diamalkan orang secara meluasnya. Lebih sukar lg jika ingin diubah dengan perubahan drastik.
Buat masa ni, menyedarkan orang ramai melalui penulisan blog adalah antara usaha yg boleh dilakukan oleh golongan yang memahami. :)
Good writing, teruskan perjuangan. :)
Post a Comment