Erti Satu Tangisan
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh
ke bumi. Mata itu kecilnamun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah airmata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat
dengan meraungdan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan
sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau
tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang
menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila
air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila
seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada
sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit
tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung
dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air
mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung
itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan
menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah
menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan
yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan
tetapkan.Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuatpersediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di
atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang
telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air
mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci
hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan
mendapat ampunan-Nya jua.
Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis
di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2biji mata yang menjaga pasukan fi
sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang
yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air
matanya."











No comments:
Post a Comment