Sembilan Nafsu & Satu Akal
Di mana benarnya?, jika haruan makan anak, apakah akal sembilan yang dimiliki lelaki itu tiba-tiba jadi satu.. nafsunya pula sembilan... atau sifar langsung akalnya?? Rasanya itu adalah mainan syaitan yang sering mengelincirkan manusia.
Benarkah Sembilan nafsu bagi perempuan satu saja akal!! dan lelaki sebaliknya!!
Tak kiralah apakah benar ada dalam ajaran agama kita mengatakan demikian tapi yang pasti suami mesti jadi ketua dalam rumahtangga. Isteri mesti sentiasa reda pada yang benar patuh segala perintah suaminya, akur jika sesuatu yang baik suami anjurkan, pasti pintu Syurga terbuka luas untuk para isteri yang setia syoleha dalam rumahtangga.
Agama tidaklah menyusahkan, tidak payahlah kita terlalu memikirkan tentang kelebihan akal yang dimiliki. Biarlah akal itu ada pada ke dua-dua pihak lelaki mauhupun perempuan..cumanya memang jika mahu menjadi seorang ketua. Tak kiralah ketua di mana juga, ketua jabatan, ketua masyarakat, ketua kampung atau ketua keluarga sekalipun; perlulah menggunaka akal yang waras, timbangrasa & prihatin. Jika ketua namanya memang perlukan lebih akal dari nafsu. Terlebih akalpun terkadang ... boleh menjadi nakal.. tulah masalahnya.
Peranan akal dalam kehidupan amatlah penting, maka itu kita amat takut pada mereka yang pendik akal apatah lagi mereka yang tak berakal!!
Memang bermula dari nafsu yang tidak terkawal akan mudah melenyapkan akal fikiran. Kita hari-hari mendengar masalah akal ini, awal melangkah dari rumah lagi... hinggalah kita kembali semula ke rumah. Kita mabuk berligar dengan nafsu dan akal.
Sebagai contoh, kita pemandu di Malaysia bagaikan menandu di medan perang, jika kita terlampau berlumba-lumba tanpa mengimbangkan akal pasti akan mudah nyawa melayang, rasanya kematian dalam kemalangan jalanraya amat payah dibendung lantaran payahnya kita mengawal akal maupun nafsu nak cepat sampai ke destinasi. Pasti semua setuju pemandu wanita lagilah kelam-kabut berbanding lelaki, sering pemandu lain bersungut sebab pemandu wanita sering tergesa-gesa membuat keputusan tanpa merancang dari awal. Pemandu lelaki pula apa kurangnya terlalu egonya dan gemar berlumba-lumba. Apakah apabila kita memegang stering seolah-olah ada satu kuasa kerasukan mengajak kita agar menjadi pemandu yang lalai. Bayangkan angka kematian sehari di musim perayaan kemalangan di jalaraya kita terkadang mengatasi mangsa mereka yang berperang & mangsa pengebom berani mati... itulah peranan akal & nafsu kita di negara merdeka.
Bagaimanakah kita mahu menikmati hidup ini dengan tenang, tak kiralah kita lelaki atau perempuan. Di rumah atau di luar rumah, rasanya kita amat perlukan ke dua-dua, tak ada nafsu yang banyak bagaimana kita nak memasang angan-angan untuk menggarap impian kita?? tak ada akal yang waras macam mana nak memandu perjalanan hidup ini. Amat cantik kalau kita saling akur akan kelemahan kita dan saling perlu memerlukan antara lelaki perempuan, suami dan isteri... Tak payahlah menuding aku yang lebih akal... ko nii memang tersurat lebih nafsu pendik akal!!!.. tiada penghujungnya... Cumalah mencari jalan menikmati hidup yang tenang bersama.. dan selamanya!! Kan itu lebih baik.
Catatan Dhuha april 2019
6 years ago











No comments:
Post a Comment