Pages

Friday, June 19, 2009

Perjuangan Nizar Masih Belum Tamat


Krisis yg telah berlaku di negeri Perak masih belum selesai.Pertarungan antara UMNO dan PAS masih belum selesai.Pencabulan terhadap kepimpinan telah berlaku di pertengahan jalan.Mangsa dan pemangsa sama2 masih bertahan dlm mencari siapakan yg bakal menjadi juara.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Sumber dari Sini

Apabila pimpinan diatas yg bertarung rakyat yg dibawah juga akan terasa kesannya.Rakyat juga akan kebingungan,kepeningan dgn apa yg berlaku.

Walaubagaimana pun,semoga jawatan dan amanah kepimpinan ini Allah berikan kepada mereka yg hanya betul2 ingin laksanakan tanggungjawab itu dgn cara ISLAM YANG SEBENAR.

Thursday, June 18, 2009

.:: Ada Apa Lepas Imtihan ::.

Alhamdulillah hari ini tamat imtihan Shahadah Tahun 3 Takhassus Maahad Qiraat Shoubra dan juga Maahad Qiraat Banat Di Mansurah.Semua masing2 melafazkan rasa lega sebab terasa ringan sedikit bebanan tekanan di musim peperiksaan ini.Sudah pasti akan ada yg akan bergembira dengan habisnya imtihan ini,kerana sudah merasakan tidak lagi perlu buka kitab2 maahad utk belajar.Hanya fikir tunggu natijah keluar sahaja,samada lulus atau tidak.Jika tidak akan bersedialah utk masuk ke pusingan seterusnya pada bulan 8 nanti.Saya rasa situasi ini akan berlaku juga pada teman2 rakan dari kuliah dan juga mana2 institusi,habis exam buku2 dan kitab akan dilupakan.Tidak dikatakan semua org bersikap demikian,akan tetapi segelintirnya pasti ada.Mengapa begitu ye???

Suasana sebelum exam cukup indah rasanya bila diperhatikan.Solat dijaga,bangun malam,study dgn tekun.Ermmm..adakah suasana ini akan berkekalan sehingga selepas examye???

Bagi kawan yg sudah habis exam,bagi yg ada jawatan dlm persatuan sudah pasti akan menyambung kembali tugasan yg berbaki.Ada yg bersedia dgn Mesyuarat Agung yang bakal tiba tidak lama nanti.Apa pun selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab masing2.Kita cuba lakukan yg terbaik utk ISLAM.

Bagi teman2 yg rasa tidak ada apa2 tanggungjawab yg besar,rancang dan susunlah dgn baik.Jom kita pakat hidupkan BUDAYA MEMBACA BUKU DAN KITAB.Bukan hanya membaca utk musim exam semata2.

Saya rasa cukup kagum dgn budaya membaca yg ada pada kaum arab mesir.Budaya membaca Al-Quran di mana2 sahaja.Ketika menunggu bas,atau kenderaan,dlm bas samada berdiri ke duduk.Pernah terlihat suatu ketika dahulu pekerja buruh bangunan berhenti rehat dan ketika itulah diambil peluang utk membaca Al-Quran.Subhanallah.Polis pun ketika bertugas membaca Al-Quran.Boleh dikatakan majoriti semuanya sentiasa melazimi dgn membaca Al-Quran.Ini adalah satu sikap baik yg patut kita semua membudayakan dlm kehidupan kita seharian ditambahkan lagi dgn memahami isi kandungan Al-Quran.

Wednesday, June 17, 2009

.::Ulang Tahun Pemergian Sheikh Mutawali Sya'rawi::.

Hari ini 17 Jun 2009 adalah merupakan tarikh ulang tahun kematian seorang ulamak zaman kini yg juga masyhur.Beliau telah kembali menemui Allah s.w.t pada 17 Jun 1998.Merupakan seorang pentafsir al-quran di zaman ini.Dilahirkan pada 16 April 1911.Telah menghafaz al-quran semenjak berusia 11 tahun lagi.Semoga Allah menempatkan beliau bersama golongan yg mendapatkan keampunan dan rahmat Allah s.w.t.

Tuesday, June 16, 2009

Ustaz Fathi Yakan : Pemergiannya Ditangisi Dunia Gerakan Islam

Allahyarham adalah salah seorang ahli tokoh gerakan Islam sedunia.Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yg telah dicurahkan demi ISLAM.

Pepatah ada mengatakan 'Harimau mati tinggalkan belang manusia mati tinggalkan nama'.(kalu salah tolong betulkan).Begitulah dgn kehidupan beliau yg penuh dgn tugas2 dan kerja dlm perjuangan ISLAM.Nama yg tersebar seluruh dunia gerakan ISLAM.Karangan kitab2 hasil tulisan beliau yg begitu banyak dan begitu bermanfaat.Samada yg sudah diterjemahkan mahupun belum.

Antara kitab hasil tulisan beliau ialah :

1-Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam
2-Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah
3-Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da'wah
4-Fiqh Pelancongan Dalam Islam
5-Masalah Dakwah Dan Pendakwah

Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007

***
Beliau semasa hidupnya telah berjasa utk ISLAM.Perginya menemui Allah juga meninggalkan bekalan utk pejuang ISLAM menyambung kembali perjuangan tersebut.Hidup yg penuh dengan pengorbanan dan perjuangan terhadap dalam gerakan menegakkan kembali KHALIFAH ISLAM di muka bumi ini.

Monday, June 15, 2009

Kejayaan PAS Cawangan Kg. Delek


Antara kejayaan yg telah dicapai oleh PAS Cawangan Kg.Delek ialah :

1-Pembinaan Ukhuwwah
2-Dari Sudut Ekonomi
3-Dan Juga Organisasi Yang Baik

Unsur Kejayaan/Faktor Kejayaan :

-Ahli-ahli mereka setia menghadiri usrah sejak tahun 1980-an.

Maklumat Asal Di Sini

---------------------------------
*Ini adalah berita lama dalam harakah.Mungkin ada yg dah baca.Namun tidak menjadi masalah jika kita rujuk kembali utk ambil manfaat darinya.

*Utk capai sesuatu kejayaan perlukan kepada usaha yg gigih,sabar,tekun dan tabah.Utk dapat mudah tidak semestinya mudah,kenikmatan akan lebih dirasa setelah kepayahan yg kita lalui.Keperitan itu yg akan dikenang bila waktu susah.

.::Kawan Baik Ke Kawan Yang Baik::.


kawan baik ke kawan yang baik

Buat renungan bersama


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi
kawan yang baik .

Kawan yang baik
tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya
kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik
tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik
adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik
adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik
menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik
tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik
tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik
.
Kawan yang baik
tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik
, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik
nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah
kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik
akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat
kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi
kawan baik yang baik...!!!

------

Sumbangan Seorang Teman Melalui E-Mail.Semoga Dapat Jadi Renungan Bersama.

Saturday, June 13, 2009

.:: Al-Quran Dan Kita : Kita Dan Al-Quran ::.


Waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati>>
Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci>>
Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari>>
Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari.>>>>
Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi...>>
Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji ?>>

Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan>>
Atau. ...dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan>>>>
Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian>>
Di atas almari,di dalam laci, aku dipendamkan. >>
Dulu... pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman>>
Sekarang. ..sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian>>>>

Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia>>
Sedangkan ayat2ku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa.>>

Waktu malam engkau menonton di depan TV>>
Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three>>>>
Di depan komputer berjam-jam engkau duduk>>
Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok>>
Mengumpul debu diselaput habuk.>>>>

Apakah suratkabar, TV, computer, dapat memberimu hikmat>>
Bila engkau di kubur kesendirian menunggu kiamat>>
Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat>>
Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat.> >>>

Sekarang engkau begitu leka membuang peluang...>>
Setiap saat berlalu...kuranglah baki umurmu...dan kubur sentiasa menunggu>>
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu>>
Apabila malaikat maut mengetuk pintu.>>>>

Kalau aku dibaca selalu dan dihayati...> >
Di kubur nanti....>>
Aku datang sebagai pemuda tampan membantu engkau membela diri>>
Peganglah aku lagi . .. bacalah aku setiap hari>>>>
Kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui>>
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi.>>
Keluarkanlah aku dari almari...sentuhilah aku lagi...>>
Jangan aku dibiarkan sendiri...." im so very lonely "!

Tambahan Oleh Cucu :

Adakah aku dibaca hanya utk diambil berkat,
Adakah aku semata2 dibaca semasa musim imtihan di dunia yg berkarat,
Disapu debu digilap sehingga berkilat,
Habis imtihan dimana aku akan merempat???

Friday, June 12, 2009

.:: KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI ::.

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sumbangan teman melalui emel.

Wednesday, June 10, 2009

.:: 10 Sikap Buruk Yg Dicela Allah ::.






SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan
----------------------------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
---------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
-----------------------
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
----------------
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
---------------------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
---------------------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
-------------------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
-----------------------
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
----------------------------------
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
-----------------------------------
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

------------------------
Ini adalah sumbangan daripada seorang teman melalui emel.

Tuesday, June 09, 2009

.:: Allah S.W.T Yang Sentiasa Mendengar ::.


Assalaamu'alaikum,

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:


"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :


Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau…
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

.:: Kes Jenayah Makin Meningkat ::.

Kes Jenayah Makin Meningkat





Antara Isi :

Kalam Tuan Haji Abdul Hadi Awang :

Dalam bab sembahyang ikut Islam,
Bab puasa ikut Islam,
Pergi ke Mekah ikut Islam,
Nikah ikut Islam,
Sunat (khatan) ikut Islam,
Bab politik ikut rata-rata,
Tak ikut Islam,
Bab ekonomi ikut rata-rata,
Tak ikut Islam,
Ini ikut syaitan,
Allah Taala mengatakan,
Jangan kamu ikut langkah-langkah syaitan,
Syaitan adalah musuh yg nyata kepada kamu,
Ajaran sekularisme,
Adalah ajaran syaitan,
Yang Merosakkan manusia,
Menyeleweng daripada beriman kepada Allah s.w.t,kepada Rasul,kepada Kitab,
Hari ini berlaku jenayah,curi,merompak,menyamun,bunuh,
Tak mahu ikut Al-Quran juga.
Ini degil,
Meninggalkan syariat Allah s.w.t,
Oleh kerana itu Tuhan sebut dalam banyak ayat2 al-quran,
Golongan yg menyokong ini,
Masuk neraka sama pada Hari Kiamat,
Buka dalam Al-Quran,
Ayat2 yg menceritakan,
Bahawa yg masuk neraka bukan saja pemimpin2 yg menyeleweng dari kitab Allah s.w.t,
Termasuklah rakyat yg menyokong dia,
Yang bersetuju dengan dia,
Masuk neraka sama.
Buka Al-Quran!!!
Baca Al-Quran,
Terlalu banyak ayat2 itu,

.:: TANGISAN MENGIRINGI PERPISAHAN ::.


TANGISAN MENGIRINGI PERPISAHAN

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

MORAL & IKTIBAR

  • Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah
  • Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
  • Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar
  • Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
  • Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
  • Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya
  • Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah

  • Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

.:: PAS tidak tolak profesional! ::.




1-Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahya Ali berkata kemenangan Ustaz Nasaruddin Mat Isa mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 bukan bermakna PAS menolak golongan profesional.

2-"Dua calon yang tidak menang seperti Dato' Husam dan Mohamad Sabu pun dapat pencalonan yang tinggi dari perwakilan PAS,"ujarnya ketika dihubungi, semalam.

3-Beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang berpendapat pemilihan jawatankuasa baru PAS bagi sesi 2009/2011 merupakan gandingan mantap serta kombinasi yang baik antara golongan ulama� dan profesional.

Link Asal Sini

-----------

PAS tidak pernah menolak golongan PROFESIONAL bahkan amat2 dialu2kan utk turun bergabung tenaga sekali dalam menegakkan ISLAM.PAS FOR ALL!!!

Zaman Rasulullah s.a.w juga golongan PROFESIONAL juga ada seperti SALMAN AL-FARISI...

ISLAM tidak pernah menolak dunia,tidak kejar akhirat semata2.Kerana dunia adalah laluan utk sampai kepada akhirat.

.:: Kasih Sayang Kekayaan dan Kejayaan ::.



Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga
orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk
dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya,
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak
semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan
sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya
pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya
kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka
masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga
lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama, " mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah
seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.." Dia menyambung
lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan
suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput
kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara
tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi
rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu
dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan
pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita
ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana
satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu
kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.

Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah
menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi
bersamanya..

"Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan

---------------
Sumbangan Emel Seorang Kawan

Monday, June 08, 2009

.:: Dikir Pak Lah ::.

Saturday, June 06, 2009

.:: ENGKAU SI DIA AKU & KITA ::.



ENGKAU SI DIA AKU & KITA

Di dalam aku membesarkan ENGKAU,
AKU memikirkan bagaimana SI DIA menerima perintah ini,
Di dalam penerimaan perintah ini,
SI DIA berpayahan mencari yg terbaik untuk SEMUA,
Dari 50 diberi kemudahan kepada 5,
Berulang kali mengadap ENGKAU,
Sehingga SI DIA rasa tidak sanggup lagi,
Kerana malu dengan permintaan acap kali.

Di dalam mencari hakikat ini,
Kadangkala rebah di jalanan,
Bangkit bangun mencuba kembali,
Namun kekuatan yg ada tidak mampu bertahan,
Kerana kadangkala ia lemah tidak bermaya,
Kerana KECINTAAN kepada SANG KEKASIH,
Pengorbanan apa sahaja sanggup dilakukan.

Di benak selalu memikirkan,
Bagaimana putaran dunia ini berputar,
Bagaimana SI PEMILIK alam buana mentadbir indah,
Pernah terfikir,
Bilakah KERAJAAN AGUNG ini bermula?
Kerajaan yang penuh keagungan,
Penuh kebesaran,
KERAJAAN YANG MAHA ADIL.

ENGKAU YANG MAHA PENGASIH,
Tidak membiarkan SEMUA tanpa panduan,
ENGKAU utuskan SI DIA,
UTUSAN member jalan,
Jalan bagaimana untuk kembali,
Setelah kita bermula.

TIADA ADA TIADA ADA,
Jalan yg penuh berliku,
Setiap langkah ada lopak dan lubang,
Hati-hati kerana dunia penuh ujian,
Tiada siapa akan terlepas KECUALI,
Bantuan CAHAYA-NYA,
Kerana dunia ini gelap gelita,
Bukit yang indah kehijauan,
Keindahan dari jauh kelihatan,
Andaikata terjun ke dalamnya,
Segalanya ada.

KITA telah memulakan langkah,
Dan kita akan tiba di penghujungnya,
Tanpa ENGKAU utuskan SI DIA,
KITA semua akan terkandas dalam kegelapan ,
Selamanya.

BERJALAN BERKELAN MOGA KETEMU JALAN PULANG

By : Cucu Tok Jambul

Tuesday, June 02, 2009

.:: Ruang Utk Mendapat Kebaikan ::.

Cara dan juga ruang utk kita buat kebaikan

1.Berikan al-Quran pada seseorang,dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.



2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.



3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.



4.Bantu mendidik seorang anak.




5.Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.



6.Berkongsi CD Quran atau Doa.



7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.



8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.



9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah. Lakukan dengan keikhlasan....



----------------------

-Pendek kata segala yg mudahkan orang lain adalah kebaikan.Begitu Maha Pemurah Allah Taala kan.

---------------------

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka".

---------------

-Rasulullah begitu merindui umatnya di akhir zaman yg mana tidak pernah bertemu dan berjumpa Baginda namun kecintaan yg begitu tinggi dan mendalah terhadapnya.Allahuakbar..