Pages

Sunday, May 31, 2009

.:: Bagi Yang Kahwin Masa Belajar Khususnya ::.



Kahwin muda bukan alasan

SHAH ALAM: Perkahwinan pada usia muda tidak menghalang Faezah Mat Jaini, 23, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan sehingga diumumkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-70, di sini, semalam.

Pelajar jurusan Diploma Bangunan itu berkata, dia berkahwin dengan suami, Abdullahil Saphrine Asli, 24, pada 10 April 2006 ketika belajar dalam semester dua di UiTM cawangan Samarahan, Sarawak.

“Setahun selepas berkahwin saya dikurniakan seorang cahaya mata, Fatith Aznul (kini berusia setahun lapan bulan) dan saya terpaksa membahagikan masa untuk anak, suami dan belajar.

“Penat memang penat, malah saya juga menyuarakan hasrat kepada suami untuk berhenti, tetapi dia memberi semangat dan dorongan kepada saya supaya banyak bersabar,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang memperoleh pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.58 berkata, kata-kata semangat dan dorongan suami menyebabkan dia cuba ‘balas dendam’ dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya ingin buktikan kepada orang ramai saya juga boleh berjaya dengan cemerlang walaupun berkahwin pada usia muda,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa depan, Faezah yang berasal dari Labuan, Sabah berkata, beliau bercadang menyambung ijazah pertama sama ada di Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau UiTM cawangan Sabah atau Sarawak.

Sementara itu, Mohd Zainuddin Md Noor, 36, pelajar terbaik Sarjana Muda Senibina Dengan Kepujian, berkata kejayaannya mungkin disebabkan doa ibu kerana setiap kali peperiksaan dia menghubungi ibu dan ayah di kampung dan minta mereka bacakan yasin untuknya.

“Mungkin berkat amalan itu saya mencapai keputusan cemerlang setiap semester,” katanya yang memperoleh pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.74.

Menurutnya, selain ibu dan bapa sebagai pendorong, isteri, Noor Asma Razali, 36, serta tiga anaknya, Mohd Haziq, 11, Mohd Hazim, 9, dan Mohd Wafiq, 6 adalah sumber inspirasi untuknya belajar sehingga berjaya memperoleh ijazah kelas pertama.

Link asal :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090531094816/Article/index_html

-------------

1-Tiada yg mustahil jika semuanya dilaksanakan dengan usaha yg bersungguh-sungguh dan tidak terlepas daripada tawakal kepada Yang Maha Esa.

2-Kesusahan,kepenatan,keperitan ketika belajar akan dapat dinikmati dan dirasai apabila kita berjaya mencapai kejayaan yg cemerlang hasil titik peluh dan usaha sendiri.

3-Dalam menuntut ilmu juga,antara yg jarang ditekankan tentang bagaimana hendak dapatkan keberkatan sesuatu ilmu yg dipelajari.

4-Jarang juga ditekankan di kebanyakan institusi pengajian dalam negara kita baik peringkat rendah,menengah dan juga peringkat universiti iaitu tentang bagaimana adab seorang guru,murid dan juga dgn ilmu.

.:: Selamat Menjalankan Tugas Dan Amanah Buat Dr Mansor Osman ::.

Selamat menjalankan tugas dan amanah kepada Dr Mansor Osman yg telah menang majoriti besar di PRK Penantimelawan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Walaubagaimanapun rekod peratus keluar mengundi hari ini adalah yg paling rendah 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

----------

Antara beberapa persoalan yg boleh kita semua fikirkan bersama :

1-Apa punca sebenar UMNO tidak mahu bertanding di PRK Penanti?
2-Mengapa peratusan keluar mengundi begitu rendah dan ianya adalah paling rendah dalam sejarah negara kita.
3-Mengapa ada perlawanan 4 penjuru?

Itu antara beberapa persoalan yg secara umum boleh sama2 kita fikir dan renungkan.

Selamat menjalankan tugas dan amanah baru buat Dr Mansor Osman

.:: SI ANAK KECIL BERSAMA LELAKI ::.




SI ANAK KECIL BERSAMA LELAKI

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi dia menangis, dia pun berkata, " Wahai anak kecil, mengapa kamu menangis ?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,"Ya ayyuhal ladziina aamanuu quuanfusakum" yang bermaksud,"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik melihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan adalah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.

Berkata orang tua itu, sambil menangis,"Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti ?"

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

.:: Cinta Misi : Cinta Dakwah Kita ::.




Cinta Misi : Cinta Dakwah Kita

"Cinta kepada dakwah mendorong kita mencintai SEMUA
ORANG dan SEMUA TUGAS yang ada di sepanjang jalan
menuju misi itu. Disini berkekalan cinta untuk
melakukan sesuatu tugas laksana enjin dan
bahagian-bahagian lain sesebuah kenderaan: tidak
penting siapa penumpangnya.

Saidina Khalid bin Al-Walid mencintai jihad, bukan
menikmati saat-saat membunuh orang. Dia mencintai
“tugasnya”, kerana itu nescaya untuk mencapai misi
dakwah. Maka dia menikmati kesulitan di jalan itu
lebih dari apa pun juga.

Saidina Khalid bin Al-Walid telah berkata, “Berada
pada suatu malam yang dingin membeku dalam suatu
pertempuran, lebih aku sukai daripada tidur bersama
seorang gadis dimalam pengantin”.

Jom ikut contoh sahabat-sahabat besar Rasulullah
(r.anhum) di malam-malam akhir Ramadan supaya menjadi
bekal sepanjang 11 bulan yang akan datang di medan
dakwah dan dunia yang mencabar.

Semoga ummat dan da’ie mencintai misi dakwah, terus
istiqamah di atas jalan dakwah dan dunia setakat di
dalam poket tetapi hati dipenuhi Kebesaran Allah.

Rujukan: Tarbawi, Edisi 106 Th. 7, Rabi’ul Awwal 1426

Saturday, May 30, 2009

.:: BN Makin Parah ::.

Tidak bertanding di Penanti, bukti BN makin parah.

Itulah antara salah satu tajuk pada harakahdaily.net.Menurut Ketua Perhubungan KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim ketika ditemui di hari penamaan calon pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM), Penanti menambah, pengunduran diri Barisan Nasional (BN) bukan sahaja memudahkan kempen bahkan terbukti kegawatan BN makin parah.

Link asal :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020904&Itemid=1

Laluan utk mencapai kemenangan kepada parti2 lain yg bertading agak mudah,namun usah difikirkan tidak ada halangan dan juga rintangan yg bakal dihadapi.Kadangakal sebab terlalu ambil mudah seseorang akan mudah terjatuh tanpa disangka2.Maka berhati2lah.

Apa2pun semoga kemenangan berpihak kepada mereka yg benar2 ingin tegakkan keadilan sebagaimana yg dikehendaki oleh ISLAM.

Friday, May 29, 2009

.:: Kisah 4 Isteri Ku ::.



Kisah empat isteri ku....

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.

Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

.:: Berhentilah Menjadi Air Segelas ::.



Berhentilah Menjadi Air Segelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.

“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.

“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

“Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru, “setelah itu kau minum airnya.”

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.

“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.

“Asin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis keasinan.

“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

“Sekarang, coba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, “Bagaimana rasanya?”

“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”

“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi Nak, rasa ‘asin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya qalbu yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau.”


: : : : : : :

“Berkata (Musa), “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,” (25)
“Dan mudahkanlah untukku urusanku.” (26).
[Q.S. 20 : 25 - 26]

“Tidaklah Allah membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya.” [Q.S. 2 : 286]

-----------
Cucu Tok Jambul

Hidup tak selalu seperti yg kita kehendaki dan kitan rancang,hidup sama sekali tidak akan terlepas dari diuji.Susah itu juga adalah merupakan ujian daripada Allah,dan senang juga ada ujian daripada Allah.Semoga kita berjaya lintasi titian dunia ini agar selamat sampai ke negeri akhirat.

Thursday, May 28, 2009

.:: Kelebihan Al-Quran ::.



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan

supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah

S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an,

di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di

kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "

Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan

menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu

sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah

membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah

kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang

pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi

kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia

meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang

tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga

keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada

hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah

mempelajari Al-Qur'an."

.:: Kisah Amalan Membaca Ayat Qursi Sebelum Tidur ::.

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Al-Baqarah:255

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."


Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.


"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."


Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."


Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."


"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.


"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."


Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

---------
Jom kita pakat amalkan sedikit ilmu yg kita dapat ini semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah s.w.t daripada makhluk yg jahat.

Wednesday, May 27, 2009

.:: Temuduga Sebagai : Calon Jenazah ::.



SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Tuesday, May 26, 2009

.:: Petua Imam Syafei ::.

PETUA IMAM SYAFI'E

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini Kepada Saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi Amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.

------------

Ini adalah sumbangan daripada kawan saya melalui emel,moga2 kita dapat kongsi bersama.

Friday, May 22, 2009

Al-Fatihah Utk ADUN Manik Urai

Beliau ialah Haji Ismail bin Yaacob, 60 tahun Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai yg telah kembali menemui Allah s.w.t.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

-------------

Semoga segala jasa dan pengorbanan beliau di dalam perjuangan Islam tidak sia-sia dan semoga segalanya dibalasi oleh Allah s.w.t denga ganjaran yg setimpal.Beliau yg juga begitu lama berkhidmat utk Islam.Semoga Allah tempatkan di tempat bersama dengan para hamba-Nya yg soleh.

Monday, May 18, 2009

.:: Bersama Al-Quran 4 : Bilangan 1 Hingga 9 Di Dalam Al-Quran ::.



BILANGAN 1 HINGGA 9 DI DALAM AL-QURAN

SATU

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَنْ نَصْبِرَ عَلَى طَعَامٍ وَاحِدٍ

SURAH AL-BAQARAH:61

DUA

وَمِنَ الْإِبِلِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْبَقَرِ اثْنَيْنِ

SURAH AL-AN’AM:144

TIGA

سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ

SURAH AL-KAHFI:22

EMPAT

قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ

SURAH AL-BAQARAH:260

لَوْلَا جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ

SURAH AN-NUR:13

LIMA

وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ

SURAH AL-KAHFI:22

ENAM

مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ

SURAH AL-MUJADILAH:7

TUJUH

فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ

SURAH AL-BAQARAH:29

LAPAN

ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ مِنَ الضَّأْنِ اثْنَيْنِ وَمِنَ الْمَعْزِ اثْنَيْنِ

SURAH AL-AN’AM:143

SEMBILAN

وَلَقَدْ آَتَيْنَا مُوسَى تِسْعَ آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ

SURAH AL-ISRA’:101

Friday, May 15, 2009

.:: Nabi Allah Isa A.S Akan Membunuh Babi ? ::.



Maaflah tak jumpa yg lebih elok,dan sememangnya babi ni macamtulah rupanya lebih kurang.Babi atau nama manjanya yg agak kekucingan sedikit iaitu khinziz adalah binatang yg diharamkan kepada org Islam memakannya.

P/S :Jangan tenung lama2 pada babi tu ye...

“Demi yang diriku berada ditangan Nya,sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil,maka ia akan menghancurkan salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)

----------

Apa yg ingin saya kongsikan bersama sahabat2 ialah tentang diantara beberapa tanda akhir zaman yg dunia semakin hampir pada QIAMAT.Daripada maksud hadis di atas,yg ingin saya fokuskan dan kongsi ialah di mana Nabi Allah Isa A.S akan diturunkan kembali oleh Allah s.w.t di suatu masa yg telah ditetapkan nanti utk membunuh babi2 yg ada di muka bumi ini.

Seorang ustaz saya pernah menyatakan bahawa tentang masalah ini,tidaklah semestinya Nabi Allah Isa turun kemudian bunuh babi itu seekor demi seekor,akan tetapi itu ibarat satu gambran atau tamsilannya sahaja.Beliau ada menyatakan ketika itu di masa kes babi yg berlaku suatu ketika dahulu iaitu JE saya pun lupa singkatan apa,yg mana arahan dikeluarkan agar babi2 dibunuh,dan skg ini timbu lagi wabak yg berpunca dari babi dan sudah ada yg dibunuh.Makan inilah antara gambaran yg diberikan oleh ustaz tersebut bahawa tidak semestinya Nabi Allah Isa akan bunuh seekor demi seekor,akan tetapu memadai dgn apa yg berlaku skgni.Maka,dunia kini benar2 semakin hampir dengan Qiamat...namun di mana persediaan kita????

.:: Cuba Ukirkan Senyuman Yg Terbaik ::.



Biasa org berikan senyuman yg terbaik kepada teman2 atau org sekeliling apabila hati kita gembira dan ceria.Tiada apa2 masalah berat yg tertanggung.Akan tetapi apakah reaksi pada wajah tersebut jika ada bebanan fikiran yg sedang tertanggung di dalam benak fikiran,atau ada sesuatu perkara yg tidak disenangi,mampukah kita cuba ukirkan senyuman manis yg tiada gulanya itu?

Senyum itu sedekah maksud daripada hadis Rasulullah s.a.w.Dengan senyum apabila org melihat,hati boleh jadi tenang dan ceria.Yg sakit berat,melihat doktor senyum,terasa kurang sakitnya.Seorang daie apabila ukirkan senyuman pada mad'unya,akan semakin dekat hubungan tersebut dan perjalan dakwah akan lebih mudah.Namun,kata2,teori tidak semudah pelaksanaan yg hendak dilaksanakan,apa pun semoga kita dapat berikan senyuman yg terbaik,seikhlas yg mungkin.

Senyum sokmo...

Wednesday, May 13, 2009

.:: Orang Gila Pun Tidak Berani Letak Leher Utk Disembelih !!! ::.



Syarat yg tidak waras.Orang berunding kerana dia ada sesuatu yang dikehendaki atau ingin dipertahankan. Apa yang dikehendaki atau ingin dipertahankan itulah yang menjadi syaratnya.

"Kalau terkam meja perundingan tanpa syarat, itu bukan berunding. Itu serah tengkuk untuk disembelih namanya. Orang gila pun tak berani serah tengkuk untuk disembelih," tegas Mohamad Sabu.

-----

-Betul juga tu.Berunding tidak ada syarat.Datang je meja perundingan.Kemudian dengar saja apa yg dibincang ye.Untuk duduk berunding pun sudah pasti ada isu yg hendak dibincangkan dan mesti ada asa perbincangan.Dan sudah tentu masing2 ada perkara yg ingin dipertahankan.

.:: Binatang Apakah Yg Akan Umno Lepaskan Selepas Ini ??? ::.



Keadaan suasana politik tanah air hari ini ibarat suatu permainan sarkas.Kita rakyat ibarat penonton yg tidak tahu apa2 di sajikan dengan pelbagai binatang utk kita saksikan.Apabila dikeluarkan binatang yg cantik dan jinak dipanggilnya kita utk menghampiri,dan dalam masa yg sama juga dilepaskan kepada kita buaya,serigala,harimau dan segala binatang buas yg sememangnya buas.Politik yg cukup kotor.Mampu membunuh sesiap sahaja jika tidak ikut POLITIK ISLAM.

.:: 13 MEI 1969 : Jangan Ulangi Sejarah Hitam Itu ::.



Jangan ulangi sejarah hitam itu lagi!!!

Sejarah hitam yg berpunca dari sikap membesarkan isu perkauman.Sejarah 13 Mei 1969.Suatu sejarah yg tidak terlalu ramai orang tahu.

Tuan Guru Mursyidul Am PAS menyatakan bahawa sejarah itu sepatutnya kerajaan menjadikan ianya salah satu tarikh hari dalam sejarah yg diperingati bersama agar sejarah hitam itu tidak diulangi kembali.

"Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad S.A.W. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain.

--------------
-Tiada jalan kehidupan yg sebaik dan seindah ISLAM.Mengapa orang Islam sendiri takut hendak mengamalkan sistem kehidupan ISLAM malah cuba menakut-nakutkan orang bukan ISLAM dengan 'sup tangan' dan sebagainya.

-Jom pakat jadikan sejarah lalu sebagai peringatan dan juga panduan di masa yg akan datang.Kerana sejarah yg sama juga akan berulang.Dunia ibarat putaran roda.

Tuesday, May 12, 2009

.:: Sah Ke Tak Sah Ke Sah !!! ::.



Perak kembali bergolak.Orang politik makin pening memikirkan cara bagi menyelesaikan masalah dan krisis yg berlaku dan rakyat pula makin pening,benci dengan apa yg berlaku.Benci pada Permainan politik yg kotor.

Adakalanya mahkamah sepatut menjadi hakim pemutus kepada beberapa perkara,namun ada juga rakyat perlu menjadi hakim bagi memutuskan siapakah pemimpin yg merek inginkan.

Mengapakah UMNO begitu alergi dan sensitif jika perlu mengundi semula,mengapa perlu alergi sangat jika DUN dibubarkan dan PRK diadakan semula?

Adakah sebab kekalah pada PRK di Kuala Terangganu,PRK di Permatang Pauh,PRK di Bukit Gantang,dan juga PRK di Bukit Selembau?

Sudah kalah sebelum berjuang ke UMNO!!!

Berhubung isu MB Perak yg telah diumumkan semalam,yang sah adalah MB Datuk Seri Nizar.Tapi pada hari ini Mahkamah Rayuan telah menggantungkan kembali keputusan Mahkamah Tinggi.Ini berikutan rayuan yg telah dibuat oleh MB HARAM Zambry dlm kes tersebut.

Apabila situasi politik setempat yg tidak stabil,kehidupan rakyat juga akan turut terjejas.

Bubarkan DUN!!!!!
Serahkan keputusan kepada rakyat!!!

Bersama Al-Quran Siri 3 : Nama2 Nabi dan Anaknya Di Dalam Al-Quran



Nama-nama Para Nabi Allah Beserta Anaknya Di Dalam Al-Quran :

1-Nabi Allah Ismail A.S Bin Nabi Allah Ibrahim A.S

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ

Surah Ibrahim :39

2-Nabi Allah Ishak A.S Bin Nabi Allah Ibrahim A.S

سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ (109) كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (110) إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ (111) وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ

Surah Ash-Shaffat :109-112

3-Nabi Allah Ya’qub A.S Bin Nabi Allah Ishak A.S

وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِنْ وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ

Surah Hud :71

4-Nabi Allah Yusuf A.S Bin Nabi Allah Ya’qub

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ (4) قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ (5) وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آَلِ يَعْقُوبَ

Surah Yusuf

5-Nabi Allah Yahya A.S Bin Nabi Allah Zakaria A.S

يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَى لَمْ نَجْعَلْ لَهُ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا

Surah Maryam :6

6-Nabi Allah Sulaiman A.S Bin Nabi Allah Daud A.S

وَوَهَبْنَا لِدَاوُودَ سُلَيْمَانَ نِعْمَ الْعَبْدُ إِنَّهُ أَوَّابٌ

Surah Shaad:30

-----------
Menyaksikan bagaimana seorang bapa yg beriman dalam mendidik anak2.Bagaimana kebimbangan seorang pimpinan Islam yg gusar jika tiada pengganti kepada mereka pada masa akan datang dan kesungguhan memohan dan pergantungan kepada Allah s.w.t dlm melaksanakan tugasan agama.

.:: Menunggu dan Menanti Di DUN Penanti Pula ::.

Rentetan dari Pilihan Raya Kecil di beberapa tempat sebelum ini,kini rakyat dan seluruh jentera parti2 politik akan menumpukan pada PRK di DUN Penanti pula.

Butiran maklumat calon yg pertama telah mengambil borang pencalonan :

1-Puan Aminah Abdullah 56 tahun
2-Jawatan yg pernah dipegang :

-Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bukit Bendera 1999-2007
-Exco Wanita KeADILan Pusat 2000-2007,
-Timbalan Ketua Wanita KeADILan Negeri 2000-2004
-Ketua Wanita KeADILan Negeri Pulau Pinang dari 2004-2007
-Letak jawatan pada 13 Julai 2007 ekoran krisis dalam parti berkenaan.

3-Mempunyai 4 org anak kesemuanya perempuan
4-Suaminya Mohd Rofi Osman yang juga bekas Ketua KeADILan Bahagian Bukit Bendera
5-Sebab meyertai PRK ini kerana ingin menegakan kebenaran dan keadilan yang sudah mulai hilang daripada parti tersebut.

---------
-Calon pertama bagi PRK di DUN Penanti sudah ada,kita akan menanti siapakah lagi calon2 yg bakal bertanding dalam PRK kali ini.Kita akan sama2 saksikan siapakah calon dari Parti Pas,UMNO dan juga dari parti2 lain yg akan bertanding jika ada.

-Ketelusan SPR dalam melaksanakan tugas,amanah dan tanggungjawab amat penting.Usah main taktik kotor.Dalam ucapan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menyebutkan bahawa PAS sempadan kesabaran ketika isu dan kes yg berlaku di Perak.Dan tidak mustahil Pas akan bertindak pada isu2 lain jika keadaan sudah terlalu mendesak oleh sebab sudah terhapusnya keadilan di negara ini.

.:: Kena Gantung !!! ::.



1-Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim
2-Setiausaha Kewangan Negeri, Dato' Jamalludin Al Amini Ahmad
3-Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid

Ketiga2 mereka di atas telah digantung tugas serta merta oleh MB Perak yg sah Dr Ir Nizar setelah diumumkan sebagai MB Perak yg sah.Sebab apa digantung ye?

.:: Biarkan Rakyat Menjadi Hakim ::.



Husam Musa



Sultan Azlan Shah

1-Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat.

-Bubarkan DUN dan biarkan rakyat Perak sekali lagi membuat pilihan siapakah yg mereka ingin lantik menjadi pemimpin mereka.Memeimpin bukan sekadar pada jasmani,tapi juga mental ke arah yg lebih baik.

2-Menurut Husam, bagi PAS dan Pakatan Rakyat, pembubaran Dun tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana, rakyat Perak bebas membuat pilihan mereka sendiri.

-Apabila bubar kembali,ianya tidak semstinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat,terserah kepada rakyat.Kenapa UMNO mesti takut jika DUN dibubarkan?Jika tidak takut teruskan ikut jalan yg terbaik.

3-"Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

-Prinsip mesti diutamakan,jika tidak akan kelihatanlah mereka yg gilakan kuasa utk memerintah.Belum pape dah sibuk nak duduk kerusi MB ye..Sabar dulu.Yg dah lompat parti apa cerita skgni?


4-"Jika Najib berani bertindak bersama Pakatan Rakyat untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, BN mendapat dua markah iaitu bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib dan yang kedua, kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat," ujar Husam.

-Ya.UMNO akan mendapat sedikit pandangan positif kembali jika bertindak bersama2 dgn Pakatan Rakyat bagi memujuk Sultan Perak bagi membubarkan DUN,kerana dari sudut sistem kehakiman sudah membuat keputusan yg baik kerana membuat keputusan berdasarkan undang2.Jika tidak,rakyat akan tidak percaya sama sekali dgn keadilan yg dicanangkan oleh UMNO.Andaikata rayuan daripada MB HARAM diterima maka kembali maka rakyat kembali sangsi.


Sumber :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020708&Itemid=85

Monday, May 11, 2009

.:: Alhmadulillah Perak Dah Selesai Ganu Kite Apa Cerita Pula ::.



Cari Datuk Mad,jgn tak cari.Bincang baik2.Kan kalu join Ayoh Chik mudah.



Bekas Setiausaha Politik MB belum muncul

1-Seorang ahli politik, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir belum tampil untuk membantu siasatan berhubung ugutan terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu, bulan lalu.

-Macam mana Datuk Mad,apa tindakan seterusnya?Kenapalah main ugut2 pula ye.

Oh Negeri Terengganu ku...Negeri Terengganu Daru Iman.Semoga semuanya mendapat petunjuk Ilahi

.:: Takbir : Sinar Islam Tetap Menyerlah Walau Ditindas ::.



Alhamdulillah,walaupun baruje post saya td bercakap tentang satu badan 2 kepala dan 2 pasang kaki.Kini ianya telah kembali normal.

1-Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

-Sabarlah Datuk Seri Zambry,jodoh kamu sbg MB tidak lama.Ada rezki semula pula ye.

2-Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

-oh,rupanya sapa yg gila kuasa ye.Siapa yg tidak ikut undang2?

Boleh rujuk :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090511155642/Article

Mereka merancang,dan Allah juga merancang.Sedarkah kita bahawa Allah lah sebaik2 perancang.Selamat menjalankan tugas dengan aman kembali buat Datuk Seri Ir Nizar.

1 Badan 2 Kepala 2 Pasang Kaki-Apa Akan Jadi?



Apabila satu kenderaan ada 2 pemandu yg dlm masa yg sama bawa,apa akan jadi pada kenderaan agaknya ye?

Hancur demokrasi!!!!

Cuba anda bayangkan,anda sedang memandu kenderaan di tengah jalan dan dalam perjalan anda telah dirompak dan disamun serta bermacam2 yg dilakukan.Tiba2 perompak itu nak pegang stereng nak bawa kenderaan juga.Anda nak pergi ke arah yg lain.Dia nak pergi ke arah lain,anda nak melawan belum cukup kekuatan.Sebab mereka dengan bom C 4 lagi dan bermacam2 senjata.Amacam,nak biarkan diorang pandu ke mcm mana agak2nya?

Itulah perkara yg dah berlaku pada Negeri Perak yg boleh saya ibaratkan,jika salah maaflahye.Dulu masa kena rampas oleh Zambry jadilah 2 MB satu asli satu palsu.Skgni 2 pulak Speaker Dewan Negeri.Mana satu asli mana satu palsu pula ni?

Mana hak rakyat?Mana keadilan undang2?Siapa gilakan kuasa?

.:: Berpurdah dan Berjubah Pun Masuk Pertandingan Ratu Cantik !!! ::.



Demikianlah pertandingan yg telah diadakan di Arab Saudi,anjuran pertandingan 'Ratu Cantik Islamik'.Pertandingan yg lain daripada yg lain.Pertandingan ratu cantik ini bukan menilai daru sudut kelangsingan tubuh badan,cantik paras rupa atau tidak,akan tetapi matlamat yg ingin dicapai adalah 'Ratu Cantik Akhlak' di kalangan peserta yang berjaya menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat terhadap ibu bapa masing-masing.

Program lebih kurang seperti akademi fantasia dan program2 yg lain,namun pengisiannya sama sekali tidak sama dgn AF dan lain2 yg lebih pada hiburan semata2.
Peserta akan menghabiskan masa 10 minggu menghadiri kelas dan diuji dengan tema termasuk 'Menyedari kekuatan dalaman anda,' 'Pembentukan menjadi pemimpin' dan 'Ibu, syurga di bawah tapak kakimu.'

Tema terakhir itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW bagi menggariskan peri pentingnya rasa hormat kepada ibu bapa, antara tunggak utama dalam ajaran Islam.

Peserta juga akan menghabiskan masa sehari di sebuah rumah di luar bandar bersama ibu masing-masing. Di sana mereka akan diawasi oleh hakim wanita dan diberi markah mengenai cara mereka berinteraksi dengan ibu mereka.

Program ini sama sekali tidak ditayangkan dan hakim semuanya di kalangan wanita.

--------------
Maklumat asal sahabat boleh rujuk :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Ekstra/20090511083728/Article/index_html

Amacam sesuai negara kita buat???

.:: Bersama Al-Quran 2 : Nama2 berhala di dalam Al-Quran ::.



Tumbuhan2 yg sentiasa memuja dan memuji kebesaran Allah tanpa henti.Subhanallah.

Nama2 berhala di dalam Al-Quran

1-ودا,وسواع,ويغوث,ويعوق,ونسر

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آَلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

Surah Nuh:23

2-اللات,والعزى,ومناة

أَفَرَأَيْتُمُ اللَّاتَ وَالْعُزَّى (19) وَمَنَاةَ الثَّالِثَةَ الْأُخْرَى

Surah An-Najmi:19 dan 20

Ini adalah berhala bagi arab Quraisy ketika itu

3-بعلا

أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ الْخَالِقِينَ

Surah Ash-Shaffat:125

Ini pula adalah berhala bagi Nabi Allah Ilyas

***Jumlah kesemua nama berhala yg Allah taala rakamkan di dalam al-quran sebanyak 9 seperti mana di atas.

Berhala adalah benda yg direka oleh manusia sendiri utk disembah.Dicipta ada yg berupa seperti manusia itu sendiri,ada yg berbentuk binatang dan sebagainya mengikut kepercayaan agama masing2.

Keadaan dunia sekarang juga sebenarnya begitu.Tidak terlepas apa yg berlaku kepada kita sendiri kadang2,dan juga berlaku kepada umat Islam yg lain.Walaupun kita tidak menyembah sujud kepada patung2 berhala,namun kita menyembah takut pada sesama manusia kerana mungkin kita takutkan kepada kuasa yg ada pada mereka,bimbang akan kedudukan akan tergugat dan bermacam2.Seolah2 dunia ini tiada yg lebih berkuasa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,tunjukilah kami jalan yg Engkau redha,bimbinglah kami Ya Allah Tuhan sekalian alam.Janganlah Engkau uji kami dengan sesuatu yg tidak mampu kami lepasi.Matikanlah kami dalam menyerah diri sepenuhnya ke hadhrat-Mu.Amin.

Sunday, May 10, 2009

.:: Seorang Ibu dan Sebuah Perjuangan ::.



Ramai org sekarang ini sibuk memperkatakan tentang 'Hari Ibu'.Selamat Hari Ibu...apa dengar tentang ini teringat saya kisah yg telah diceritakan seorang ustaz kepada saya suatu ketika dahulu semasa beliau laksanakan program utk beberapa org temannya dan apabila tiba Hari Raya Aidilfitri ada yg meminta izin hendak pulang ke kampung jumpa dengan mak dan ayah

Ustaz :Sebab apa nak pulang?
Kawan2 :Nak pulang sebab nak minta ampun dengan mak ayah.

Ustaz :Kenapa pada hari lain tidak boleh minta ampun ke?Kenapa semestinya tunggu Hari Raya baru nak minta ampun,nak minta maaf..
Kawan :(Semuanya diam termenung memikirkan kalam ustaz tersebut)

***Kesimpulan di sini yg saya ingin bawa kepada teman2 sekalian.Untuk mengingati IBU kita bukan khusus hanya pada hari IBU semata2.ISLAM sendiri telah mengajar kepada kita bagaimana semestinya hubungan kita dengan IBU kita sendiri.Sebagaimana kisah di atas,dan bersempena dgn hari IBU.Jangan kita adakan halangan utk kita terus berbakti kepada kedua org tua kita.Nak minta ampun minta maaf,jgn kita tunggu Hari Raya baru nak minta ampun nak minta maaf.Dan senantiasalah mendoakan kesejahteraan utk kedua org tua kita yg telah bersusah payah sejak kita di dalam kandungan perut ibu lagi.Besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang ibu.

Seorang ibu juga ada yg boleh menjadi perangsang kepada kita utk terus berjuang menegakkan kalimah Allah s.w.t di atas muka bumi ini.Tidak terlepas ada juga ibu2 yg menghalang anak2 muda mereka berjuang di jalan Allah.Beberapa kisah utk kita bandingkan tentang perbezaan antara keduanya dipetik dari kitab Bahtera Penyelamat karangan Ustaz Fathi Yakan :

1-Kisah bagaimana seorang wanita Ansar yg mana bapa,saudara dan suaminya mati di dalam peperangan Uhud.Tetapi wanita tersebut hanya memandang enteng tentang kematian itu.Bahkan yg diambil berat oleh wanita tersebut ialah bagaimanakah keadaan baginda Rasulullah ketika itu.Subhanallah.Lihat bagaimana kecintaan beliau terhadap perjuangan agama merelakan org yg dikasihi pergi meninggalkan alam yg fana ini.

2-Kisah yg kedua pula ialah bagaimana ibu seorang sahabat baginda Rasulullah s.a.w,Mus'ab bin Umair yg telah memogok utk lapar tidak makan agar anaknya Mus'ab itu meninggalkan ajaran agama Islam.Namun Mus'ab tetap dgn prinsip Islamnya sebagaimana yg telah di ajarkan oleh baginda utk mentaati kedua ibu bapa hanya dalam perkara yg makruf sahaja.Apakah yg Mus'ab jawab kepada ibunya yg tercinta :"Andaikata ibu mempunya 100 nyawa sekalipun,dan setiap kali nyawa ibu dicabut agar saya meninggalkan Agama Islam ini,sesekali saya tidak akan meninggalkan Islam".Subhanallah.

Bagaimanakah agak2 situasi kita ye?Saya sendiri dan juga teman2.Di mana agak2 keadaan kita.Moga Allah sentiasa berikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita agar kita tidak sesat di dunia yg cerah di sinari mentari.

.:: Barakallahulakuma ::.

Telah bertukarnya status sahabat ana ini.Dulu pernah bersama2 dalam perjuangan di Shoubra dan juga PMRAM.Walaupun satu batch masa belajar,namun rezki ku di bumi Mesir masih panjang dan dia telah pulang dahulu.Zarimi Abu Zih...mantan penasihat DPM SHOUBRA dan juga mantan EXCO DAKWAH bagi DPM SHOUBRA.




Mungkin sahabat ini terkena kesan Us Nik ye...sudah jodoh anta kahwin dulu...semoga berbahagia teman seperjuangan.Doakan kami najah dalam imtihan akan datang.



Pengantin baru ketika sama2 menunaikan haji 1429 hijrah.Semoga Us Pon pulak yg bakal menyusulye.....




Inilah dia sahabat ana yg baru sahaja menukarkan statusnya menjadi suami.Semoga terus thabat dalam perjuangan di tanah air.Mabruk Akhi Zarimi...

.:: Sidang Dun 7 Mei tidak sah, kali ini BN cabul dewan pula! ::.

Demikian tajuk dalam salah satu ruang di dalam harakahdaily.net.Perak walaupun bukan negeriku,tapi ia tetap berada dalam negaraku yg tercinta.Entah apa nak jadi dengan politik tanah air akhir2 ini.Semakin kucar kacir.Lepas satu2.Beberapa petikan yg mungkin boleh kita sama2 ambil fikir :

1- Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang Dun Khamis lalu, 7 Mei tidak sah kerana beberapa sebab.

-Pakar perlembagaan sendiri yg menyatakan sidang dun tersebut tidah sah dari segi undang2.So macam mana?Apabila 'perkahwinan tidak sah'makan hasilnya selepas itu apa???

2-Dari awal lagi sidang mengetepikan kedudukan dan kuasa Speaker yang ada yakni V. Sivakumar dan kemudian pelbagai arahan serta perintah dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai autoriti yang sah.

-Yg berautoriti diketepikan,ambil yg tepi jalan pulak....sapa yg kemaruk kuasa sekarangni????

3-Kedua, katanya pada hari itu sendiri sidang dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan. Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan, soal Aziz.

-Katanya timb speaker ambil alih sebab huru hara.Speaker ada lagi,dan dia tu timb speaker masih dalam penggantungan.Layak ke ek???Kes x setel lagi....so cmna?

Teman2 pembaca boleh rujuk link asal :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20663&Itemid=1

.:: Bersama Al-Quran 1: Mesir dan Thursina ::.



Pintu masuk ke maqam Imam Syafei,merupakan salah satu tempat yg pasti jika tetamu datang ke bumi Mesir akan datang ziarah ke maqam ini.Salah seorang Imam Mazhab yang 4


Bismillah wal hamdulillah

Insya-Allah saya akan cuba berkongsi dengan teman2 berkaitan dengan beberapa soal dan jawab di dalam Al-Quran.Asal sebuah kitab yg nipis sahaja.Namun moga2 ada manfaat yg dapat kita kongsi bersama.Dan saya akan cuba berkongsi dari masa ke semasa dalam siri2 pertemuan yg lain.Moga kita semua akan lebih sentiasa mengkaji dan mentadabbur sentiasa kitab suci ini.



Mesir Ada Allah rakamkan di dalam Al-Quran pada 4 tempat :

1-Surah Yunus:87

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآَ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

2-Surah Yusuf:21

وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِنْ مِصْرَ لِامْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَنْ يَنْفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَكَذَلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

3-Surah Yusuf:99

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَى يُوسُفَ آَوَى إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آَمِنِينَ

4-Surah Az-Zukhruf:51

وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ


Datang ke Mesir juga pasti sebolehnya ingin berkunjung ke Gunung Thursina.Sejarah tempat Nabi Allah Musa a.s.

Gunung Sinai Allah S.W.T telah rakamkan di dalam Al-Quran sebanyak 2 kali:

1-Surah Al-Mu’minun:20

وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآَكِلِينَ

2-Surah At-Tiin:2

وَطُورِ سِينِينَ

Friday, May 08, 2009

.:: Buat Blogger Pesanan Us Din Tantawi ::.

Manfaatkan penulisan blog untuk perjuangan Islam

1-Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai laman blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan ini sepeti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.

2-Katanya, ada juga orang buat laman blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.

3-"Sehari dua ini dan melihat kegilaan anak muda untuk memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut.

4-"Nabi dulu saw, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan siang dan malam dengan menunggang kuda," katanya.

5-Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.

Sumber Asal :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20648&Itemid=1

--------------
Beberapa point penting antara yg telah disebut oleh Al-Fadhil Us Nasruddin Tantawi kepada kita2 semua yg mendokong perjuangan Islam yg ada blog dan sebagainya sebagai wadah di alam maya :

1-Masalah ada blog,tapi tidak selalu di kemaskini antara masalah besar juga dikalangan yg ada blog.Samada masalah tak tahu nak masukkan isu apa,tak ada bahan,masalah internet,komputer rosak dan bermacam2 masalahkan...So kena fikirlah jalan penyelesaiannya...

2-Masalah ni pun banyak je berlaku...

3-Medan utk berdakwah lebih luas dan byk,namun kita tidak sedar dalam sedar.

4-Masalah tidak ambil iktibar dari sirah,memandang enteng pada kerja Islam.

5-Ayuh bangkit kembali bina semula amal islami kerana Ilahi

Thursday, May 07, 2009

.:: Kerajaan Perogol Bersiri ::.



Mungkin ayat 'Kerajaan Perogol Bersiri' agak kasar bunyinya,tapi itulah hakikatnya yg berlaku.Undang-undang dan perlembagaan negara sudah tidak ada nilai lagi sebenarnya.Semuanya sudah tidak ada makna.Keadilan sudah hilang di sebalik slogan yg hanya sekadar gula pemanis bicara di hadapan rakyat yg tidak cerdik,namun bukan kepada mereka yg mempunyai akal yg waras.

Anggota keselamatan dipergunakan sebagai alat utk mereka berselindung di sebalik menjaga keselamata awam dan berbagai lagi.Demokrasi di Negeri Perak sudah hancur 'dirogol' oleh puak2 UMNO.Ada perbezaankah antara UMNO dan juga ISRAEL di bumi suci Islam Palestin?

.:: "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". -Najib Tun Razak ::.



Pesanan Ikhlas :Katakan tidak pada UMNO...

Satu slogan yg hanya sebagai umpan utk menarik kembali rakyat yg semakin jauh bencikan UMNO.Wahai rakyat tanah airku,usah kalian termakan umpan itu.Kelak kalian akan dicincang lumat sehingga tidak bernyawa.Sehingga kalian menjadi makanan kepada puak UMNO sekarang ini.Slogan itu hanyalah sebagai gimik politik semata2.

Speaker V Sivakumar Perak juga telah diseret oleh Polis.Sebelum ini Mohamad Sabu,Yb Salehuddin dan beberapa lagi rakan teman seperjuangan mereka diseret oleh Polis.Polis yg celaka jahat atau atasan mereka yg jahat???

Duhai polis,jika kalian benar2 kuat dan yakin pada janji Allah,laksanakanlah tugas pada jalan yg benar.Kalian juga dikurniakan akal fikiran oleh Tuhan Sekalian Alam,maka janganlah sia2kan.Usah gentar dan takut pada atasan.Kerana kita semua mempunyai YANG Lebih Teratas lagi,Allah Maha Besar.Jika nak jaga periuk nasi masing2,kenapa perlu begitu bergantung kepada makhluk.Mereka langsung tidak ada kekuatan dan kuasa utk berikan rezki pada kita semua.

Ayuh bangkit dari ketakutan dalam cahaya yg cerah,bangkit menuju jalan kepada ALlah......

.:: Jangan Mudah Terpengaruh Media UMNO Yg Kotor ::.



PAS tidak mudah tertipu dengan agenda media konvensional sekarang melaga-lagakan di kalangan pemimpin PAS menjelang muktamar bulan depan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, gambaran yang diberikan seolah-olah PAS sedang menghadapi masalah besar hanya mainan media sahaja.

"Setiap kali berlaku pemilihan dalam parti sudah tentu ada pertembungan pandangan, namun ia perkara biasa,"kata Tok Guru Nik Aziz.

"Zaman Rasulullah saw dahulu ulama hanya baginda seorang sahaja, yang lain (sahabat nabi) semuanya profesional, tetapi lama kelamaan baginda menggabungkan ilmu profesional dengan ulama yang ada padanya.

"Akhirnya ilmu ulama dan profesional bercampur dalam satu tubuh seorang pemimpin dan inilah yang sedang dilakukan oleh PAS," katanya.

Kata beliau dahulu PAS hanya dipimpin ulama, namun kini dianggotai profesional yang berlainan latar belakangnya.

Menurutnya juga belajar ilmu Islam tidak semestinya di pondok atau sekolah agama, tetapi suasana setempat membolehkan golongan profesional menjadi Muslim sejati.

----------
Demikian beberapa ucapan daripada Al-Fadhil Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Kita semestinya jangan terpedaya dengan permainan kotor media UMNO sekarang ini.Yg memang selalu ingin melaga-lagakan orang Islam.Bimbang akan bayang2 sendiri org lain yg ingin dijadikan mangsanya.Petikan asal boleh baca di http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20643&Itemid=1.

Jom pakat doakan utk kebangkitan ISLAM wahai teman2.

ALLAHU GHAYATUNA
AR-RASULU QUDWATUNA
AL-QURAN DUSTURUNA
AS-SYAHID SABILUNA
AL-MAUTU FI SABILILLAH ASMA AMANINA

.:: Keistimewaan Wanita Menurut Hadis ::.



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah . Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

-----

Hasil sumbangan daripada seorang teman.Moga2 kita semua dapat ambil sebanyak mungkin manfaat daripada yg di atas.

Wednesday, May 06, 2009

.:: Kepimpinan Islam : Ulamak atau Profesional ::.



Hidup ini tidak dapat lari dari bermasyarakat.Dalam kelompok masyarakat yg jumlahnya ramai tidak akan sempurna jika tidak ada pimpinan.Hatta dlm jumlah yg sedikit pun baginda s.a.w berpesan kena lantik juga pemimpin sebagaimana dalam hadisnya yg bermaksud :

"Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang menjadi ketua."

Dengan jumlah 3 org baginda telah berpesan agar dilantik pemimpin,inikan pula dalam jumlah yg lebih ramai.Allah s.w.t ada merakamkan dalam Al-Quran :

"Ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

(Al-Baqarah, ayat 30)

Baginda Rasulullah s.a.w ada satu contoh yg paling sempurna telah didatangkan sendiri oleh Zat Yang Maha Suci dari segala sifat yg menyerupai makhluk yg lemah lagi hina.Baik baginda sebagai pemimpin dalam kelompok yg besar mahupun yg kecil seperti dalam keluarga baginda sendiri.Subhanallah,Maha Suci Allah Yang Maha Besar.
Dalam kepimpinan Islam yg sebenar,kita tidak diajar semata-mata hanya memimpina manusia dan makhluk yg lain hanya dari sudut dunia sahaja,bahkan kita diperintahkan agar membawa manusia dan makhluk yg lain utk mengingati bahawa kita semua masih lagi ada negeri yg kekal abadi dan di sana segala amal samada yg baik mahupun buruk tidak ada terkecuali walaupun sebezar zarrah akan dihitunga dihadapan Allah s.w.t.Pemimpin Islam yg sejati pasti tidak akan lupa akan perihal sebegini.Kalam ucapan di majlis rasmi mahupun tidak.Perkara ini seharusnya ditekankan.

Sifat baginda s.a.w :Siddiq,amanah,tabligh dan juga fathonah harus pemimpin Islam miliki.Jika tidak pasti aka nada kelompangan yg bakal mencacatkan perjalanan kepimpinan tersebut.Itu adalah sifat secara asas bagi seorang pemimpin Islam.

Dalam suatu kisah baginda Rasulullah S.A.W. pernah menolak permintaan Abu Dzar al-Ghifari yang menawarkan diri untuk menyandang satu jawatan menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Anda seorang yang lemah, sedangkan tugas ini adalah satu amanah, ia menyusahkan dan menjadi satu penyesalan pada hari kiamat nanti, kecuali bagi orang yang
mengambilnya secara hak dan menunaikan tanggungjawab
yang terpikul di bahunya".

(Hadis riwayat Muslim)
Kriteria Pemilihan Pemimpin Menurut Perspektif Islam

Ada dua rukun:

1-Quwwah
2-Amanah.

-Quwwah dalam pengertian syara` mestilah merujuk bidang tugas yang diberikan. Secara umum, quwwah ialah kekuatan atau kemampuan melaksanakan tugas dalam
pelbagai bidang-fikiran, kerohanian, jasmani, keorganisasian, akhlak, peribadi dll
yang perlu dimiliki oleh pemimpin untuk mejayakan kepimpinannya. Quwwah
dalam bidang peperangan misalnya merujuk kepada kepintaran mengatur
strategi peperangan, semangat juang dan keberanian; quwwah dalam
menetapkan hukum antara manusia, merujuk kepada kesanggupan menjalankan
hukum-hukum menurut Al-Quran dan As-Sunnah dengan adil; dan quwwah
dalam bidang kewangan, merujuk kepada kemahiran dalam bidang ekonomi.

-Amanah pula diterasi oleh tiga perkara utama iaitu takutkan Allah (takutkan Allah
daripada melakukan ketidakadilan, pengkhianatan dan kecuaian); tidak menjual
ayat-ayat Allah dengan harga murah untuk mendapat habuan dunia; dan tidak
takutkan manusia.

Ternyata sukar untuk memperolehi individu yang memiliki kedua-dua sifat
quwwah dan amanah sekaligus. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:

"Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya
seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam
perjalanan jauh." -(HR Bukhari)

Syarat-syarat pemilihan pemimpin yang disepakati oleh ulama, termasuk al-
Mawardi, pengarang kitab `Al-Ahkam al-Sultaniah, antaranya ialah:-

• Muslim akil baligh dan lelaki. Kanak-kanak yang belum dewasa tidak
boleh dijadikan ketua. Syarat lelaki ini didasarkan kepada sekatan atau
halangan yang terdapat pada seorang wanita dalam pergaulan (seperti
menjaga aurat selain keadaan fizikalnya dsb). Adalah tidak praktikal kalau
perempuan menjadi ketua negara atau jawatan yang sepertinya.

• Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah S.W.T., tidak menyalahi kitab
Allah S.W.T. dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Maksudnya, pemimpin perlu
bertakwa dan ikhlas, tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan
zakat, puasa dan mengerjakan haji dan berupaya menjamin hak-hak
manusia di bawah jagaannya meliputi perkara-perkara agama, akal,
keturunan, nyawa, harta dan kehormatan.

• Berilmu. Menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu fardu ain, khususnya
yang berkaitan dengan akidah, syariah dan sistem akhlak Islam. Juga
perlu menguasai ilmu-ilmu fardu kifayah, bahkan mestilah dapat
membezakan sekali gus melaksanakan amar ma`ruf nahyul munkar. Ini
bermakna pemimpin mesti banyak membaca dan bahan-bahan
bacaannya harus keluas sesuai dengan perubahan pesekitaran dan
peredaran masa supaya sentiasa proaktif menangani kepimpinan
pasukan/jamaah.

• Mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah berteraskan ilmu,
hikmah, kebijaksanaan dan kaedah yang sesuai dengan masalah yang
dihadapi. Pemimpin wajar mempunyai pandangan yang tajam sesuai
dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa Allah suka kepada pandangan yang tajam (kritis)
ketika terdapat kekeliruan dan (Allah suka) kepada akal
yang matang ketika hawa nafsu menyerang".

• Beradab mengikut akhlak Islam, supaya mampu menjadi contoh teladan
(qudwah) untuk diikuti oleh orang yang dipimpinnya. Pemimpin perlu
melaksanakan apa yang diperkatakan, juga mesti mempunyai sifat-sifat
mahmudah seperti takwa, jujur, ikhlas, merendah diri, pemaaf, tetap
pendirian (istiqamah) dan seumpamanya. Sentiasa memastikan
kebersihan jiwa dan rohani dengan sentiasa menyelidik dan memeriksa
segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memper-baikinya. Dia
mesti senantiasa merasakan betapa berat amanah yang dipikulnya tetapi
berkeyakinan mesti mampu melaksanakannya.

• Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan. Keperluan kesempurnaan
dan kesihatan fizikal tubuh badan sama pentingnya dengan aspek-aspek
keilmuan dan kerohanian. Akal yang sejehtara itu letaknya pada badan
yang sihat seperti hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Lelaki yang mukmin dan kuat tubuh badan lebih disayangi
Allah daripada lelaki yang mukmin tetapi lemah fizikalnya."
Rasulullah S.A.W. dengan tegas mengingatkan
menerusi sabdanya, bermaksud:

"Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya,
tunggulah masa kehancuran." (HR: Muslim)
Khatimah

Menaqalkan kembali kalam Al-Fadhil Tuan Guru Mursyidul Am PAS “Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang. Hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.”Petikan asal dari http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020595&Itemid=85.Semoga Muktamar PAS kali ini akan berjalan dengan baik dan lancar.

Tuesday, May 05, 2009

.:: Mukmin Sejati ::.



Mukmin Sejati-16/10/02

Mukmin sejati mukmin dikasihi
Dikasihi akan Tuhan Ilahi
Tiada gentar berani menghadapi
Musuhlah Tuhan Rabbul Izzati

Mulanya agama ia diturunkan
Turunnya pada tempat yang dijanjikan
Tempat yang ada hubungan Tuhan
Jejaklah ia kita usulkan

Perintah pertama telah diturunkan
Diterimanya ia dalam ketakutan
Menjalinkan ukhuwwah jalin persahabatan
Kepada Rasul di akhir zaman

Kaki berjalan melangkah kehadapan
Berjalan membuat usaha ajakan
Ajak kepada cara kehidupan
Islamlah cara diredhai Tuhan

Hidupnya manusia dengan panduan
Panduannya kita dengan Al-Quran
Turunnya ia darilah Tuhan
Untuklah kita,kita amalkan

Baca al-quran dapatlah pahala
Pahala diberi tuanlah empunya
Hendaklah kita faham maksudnya
Untuk diamal sepanjang masa

-----

Oleh : Ku Ingin Kembali Usul