Pages

Tuesday, March 31, 2009

.:: Wahai UMNO Ni Apa Ye??? ::.









Ish2...rupanya UMNO yg mainkan politik di bumi MESIR.Ni semua macam pasal UMNO di Mesir je...cuba kawan2 tengok...Ish2 rupa2nya UMNO guna politik di MESIR...salutkan dengan pembalut NAMA KERAJAAN.

Duhai teman-temanku dalam UMNO,jika sekiranya kalian duduk dalam UMNO sebab nak duit,jawatan,pangkat,kebebesan yg tidak berlandaskan syariat..sedarlah...meh kita renung seketika....kita ni sapa depan Allah taala...jika kalian benar2 yakin yg UMNO di pihak yg benar dengan kehendak Allah...silakan....namun jika tidak...jom kita pulang kembali ke jalan yg benar...ayuh teman-teman...kalian adalah harapan kepada ummah ISLAM.

Tinggallah UMNO tu...rezki di tangan Allah..

Monday, March 30, 2009

.:: Sempitnya Pemahaman UMNO ::.





Entah apalah dalam pemikiran budak-budak UMNO ye tentang pemahaman ISLAM.Terlalu sempit sangat.Inilah akibat ikut pemikiran yg mengasingkan ISLAM dengan PEMERINTAHAN.Inilah UMNO,pemikiran terlalu sempit.Antara isu yg terbaru adalah kisah Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yg telah menjadi IMAM Solat Isya.Dan yg menjadi isu di sini ialah apabila 'BUDAK-BUDAK UMNO' yg berfikiran sekular telah berkata sebagai mana yg telah beliau nyatakan (Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.)sumber :http://kamparinn.blogspot.com/

Inilah gambaran pemikiran yg ada dalam otak ORANG-ORANG UMNO.Nak bagi tazkirah dalam masjid pun jadi masalah.Mungkin itulah sebabnya sampai roboh masjid-msjid.Bilalah korang nak berubah wahai peminat-peminat UMNO sekalian.

.:: Terima Kasih Buat UMNO ::.



Pertamanya ucapan terima kasih buat UMNO kerana telah mempromosi kembali PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR(PMRAM)bukan PEMERAM macam dalam akhbar tu.Ceklah dulu wahai penulis berita ye.UMNO bersidang tahun ini telah promosi kembali PMRAM dgn tanpa bayaran apa-apa.Iklan free nampaknya.Iklan tidak berbayar.

Duhai rakyat MALAYSIA yg hatinya masih lagi ada cahaya kebenaran bertapak dalam jiwa kalian,dengarlah dengan teliti,carilah kebenaran.Jangan hanya sekadar menerima 'makanan' suapan daripada UMNO.Kita ada akal fikiran yg Allah taala kurniakan.Fikirlah dengan sewajarnya.UMNO hanya pandai ugut rakyat sahaja.Sudah berapa ramai mahasiswa yg ditarik zakat,tidak diberi kemudahan.Ditarik wang perkapita dan bermacam-macam lagi yg telah UMNO lakukan utk rosakkan bangsa MELAYU dan UMAT ISLAM di BUMI MELAYU sendiri.

Kami mahasiswa dan mahasiswi ISLAM di bumi MESIR telah merasai macam mana kerajaan UMNO buat khianat pada wang zakat.Sertai PMRAM ditarik zakat.Pimpinan PMRAM ditarik zakat.APA HAK KAMU WAHAI UMNO HENDAK TARIK ZAKAT KAMI???KAMI TIDAK RELA SAMA SEKALI DAN KAMI AKAN TUNTUT KEMBALI DI MAHKAMAH ALLAH S.W.T. YANG MAHA ADIL.Di dunia kamu boleh gunakan Agustin Paul maaf jika silap ejaan.Tapi maksudnya kamu boleh beli mahkamah keadilan dgn wang ringgit dan sebagainya.Namun tidak sama sekali di akhirat kelak.

Kita akan bertemu lagi wahai pembodek UMNO sekalian.

.:: Bangkitlah Wahai Sahabat2ku Ahli PMRAM ::.



Duhai teman-teman seperjuanganku sekalian.Sekarang ini teman-teman telah diugut kembali jika kalian menyertai PMRAM.Mengapa UMNO begitu takut dgn PMRAM?Apa hak UMNO nak mainkan zakat.Adakah kalian masih suka digula-gulankan oleh UMNO?Mana maruah UMNO yg hanya suka mengungut rakyat dan mempergunakan rakyat dengan duit.

Sedarlah wahai org UMNO,kita semua akan dihisab oleh Allah di HARI PEMBALASAN kelak.Wahai pimpinan UMNO,janganlah kalian rasa selesa dgn kedudukan yg ada sekarang ini,kerana sebenarnya kalian tidak ada penyokong dan pendokong yg benar2 ikhlas utk berjuang,yg ada hanya KAKI BODEK,KAKI AMPU yg hanya semata2 berada di sekeliling kalian utk mendapatkan PROJEK,KEWANGAN semata-mata.Sedarlah dari mimpi yg mengasyikkan....UMNO OH UMNO...ALIFFF....MIIIMMMM...NUUUNNNN....WAAUUUU....SARKAS DAH....(Filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..)

Sunday, March 29, 2009

.:: Kita PMRAM ::.



Banner semasa gimik perasmian MUKTAMAR PMRAM KALI KE-76.Ayuh teman bersama kita pertahankan kebenaran.Tegakkan kebenaran hancurkan kebatilan.Islam mesti dijulang nyahkan kejahilan.Yang Haq pasti akan bersinar jua kebatilan pasti tenggelam.Hidup ISLAM,hancur sekular dan anak beranaknya.

Ayuh bangkit mahasiswa dan mahasiswi.Bangkit dengan penuh semangat dan kefahaman yang jelas.Kita MAHASISWA dan MAHASISWI ISLAM,baik kita kuliah pengajian Islam mahupun PERUBATAN,agama kita agama Islam.Kiblat kita arah yg sama,Rasul yg satu,Allah Yang Esa,Perundangan yg sama.Jangan kita tertipu dengan gula-gula yg disajikan.

Saturday, March 28, 2009

Jom Ahli PMRAM Kita Laksanakan Usul Yg Telah Disepakati



KITA PMRAM

Muktamar PMRAM sesi 2008 telah menerima 4 usul.Jom kita pakat laksanakan keempat-empat usul ini dgn jayanya.

1-"Mahasiswa-mahasiswi bersatu membanteras anasir-anasir yang mencetuskan masalah keselamatan, unsur-unsur perpecahan dan tidak mengamalkan Islam secara syumul."

2-"Mempertahankan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang bernaung di bawah PMRAM."

3-"Menggesa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berbincang dengan pihak imigresen Mesir bagi memudahkan urusan menyambung visa."

4-"Menjayakan Dana Syaqah PMRAM dengan cadangan setiap ahli menyumbangkan LE300 kepada tabung ini dalam tempoh setahun."

Syukur Ke Hadhrat Ilahi



Terasa syukur pada-Mu Ilahi apabila menerima berita tentang dia beberapa hari yg lepas.Benar petanda-Mu dalam mimpiku.Semoga dia akan sentiasa bersama petunjuk-Mu.Semoga petunjuk-Mu bersama kami juga.

Daku menginginkan dia juga bersama dgn daku kemudian hari kelak,dlm sama2 melaksanakan tanggungjawab yg besar ini.Izin kami berada dalam rahmat-Mu dan keampunan-Mu.

Ku Ingin Kembali Usul

Wednesday, March 25, 2009

Khairy, Shahrizat ketuai Pemuda, Wanita-Ke Mana Arah Pemuda Dan Wanita Melayu Akan Datang???



Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.

Pemuda

Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232).

.......................

Ulasan pendek Cucu Tok Jambul

Bahtera WANITA dan PEMUDA UMNO dah berubah.Ada kemungkinankah arah akan berubah?PAK LAH dah nak turun takhta,MAHATHIR dah turun lama,nak tinggalkan pewaris pun nampaknya masih belum ada,MUKHRIZ kalah,tapi PAK LAH ada juga nampaknya tinggalkan SAKA.KHAIRY dah dapat takhta KETUA PEMUDA.Mudah2han makin 'majulah' PEMUDA MELAYU ISLAM MALAYSIA akan datang.

Tuesday, March 24, 2009

Bekerja Utk Islam Tiada Terhenti



Senang pun adalah ujian,susah pun adalah ujian.Hidup tidak akan terlepas sama sekali dari ujian.Ya Rabbi Ya Ilahi,jika dinilai dari sudut kelayakan rasa sudah pasti tidak layak utk membawa amanah Islam.Risalah yg suci tidak sepatutnya dibawa oleh pendokong yg kotor dgn dosa dan noda.Namun kekadang putaran roda yg sentiasa berputar dan kita tidak tahu di mana kita pada masa akan datang.

Saidina Umar ketika zaman jahiliah adalah seorang penentang kuat kepada gerakan Islam,namun kuasa Allah telah mencampakkan hidayah ke dalam lubuk hatinya dengan berkat doa baginda Rasulullah s.a.w.Zaman kini,tidak mustahil ketika yg org yg selalu kita cemuh,sbg cth golongan penagih dadah,mat rempit dan seangkatannya akan menjadi pendokong kepada gerakan Islam pada masa akan datang.Dan sememangnya inilah antara kerja dakwah.

Semoga kita semua sentiasa dipimpin oleh Allah s.w.t.

Monday, March 23, 2009

.:: Harakah digantung tiga bulan - Sebab Apa Ye???::.

Apa kena lak ni sampai Akhbar Harakah digantung...Mana silapnye ek?Huhu...pening sungguh aku dgn kes ni.Apasal akhbar2 yg dok sebar berita2 karut tak kena gantung lak,akhbar2 yg tayang gambar org telanjang di perkasakan..Ish2...

Saturday, March 21, 2009

.:: Pelayaran Ini Masih Jauh Temanku ::.




Perjalanan bahtera PMRAM masih jauh.Ketahanan fizikal dan mental amat2 diperlukan.Sabar dan tabahlah wahai teman2ku yg bakal mengepalai bahtera ini nanti.Kelak sudah pasti akan ada ujian dan dugaan.Namun usah kalian gentar dan takut serta lemah semangat.Kerana Allah sentiasa ada bersama mereka yg sabar bergerak di jalan yg benar kerana Islam.

Kematian tetap akan tiba bagi setiap yg bernyawa.Namun,apakah bentuk jalan yg bakal kita lalui itu menjadi persoalan.Adakah kita mahu mati ketika lari dari medan dakwah atau terus tetap bersama medan dakwah?

Nikmatnya bersama teman2 seperjuangan.Pahit manis,susah senang kita bersama.Selamat meneruskan pelayaran ini.Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Salam Perjuangan

Cucu Tok Jambul

Wednesday, March 18, 2009

.:: Muhasabah Dunia : Muktamar Sanawi PMRAM Kali Ke-76 ::.



Sesi muhasabah dunia sudah hampir tiba bagi kami peringkat pimpinan PMRAM sesi 2008.Bahangnya makin terasa.Hanya tinggal beberapa hari lagi utk meneruskan baki sisa tugasan amanah yg dipertanggungjawabkan.Di dunia pun sudah dihisab,apatah lagi di HARI AKHIRAT di PADANG MAHSYAR,MAHKAMAH AGUNG ALLAH S.W.T.Sebesar zarrah pun segala amalan kita semua akan dihitungkan oleh Allah.Segala amalan telah tecatat di dalam buku catatan yg sangat rapi.ADAKAH KITA AKAN MENERIMANYA dari TANGAN KANAN atau TANGAN KIRI?

Debaran kencang makin terasa mungkin buat bakal pimpinan akan datang,kesyahduan makin mengcengkam jiwa pimpinan yg bakal turun.Rasa sayangkan PMRAM cintakan PMRAM.Ini semua bukan kerana lain,kerana PMRAM adalah BERDASARKAN AL-QURAN dan AS-SUNNAH.Yang cuba diamalkan dalam kehidupan seharian.Kerana kita adalah HAMBA ALLAH.Makan siapakah kita yg ingin ingkar pada aturan TUHANNYA?Carilah dunia lain jika kita ingin lawan ketetapan Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa.

Tahniah dan takziah awalnya ana ucapkan kepada seluruh teman-teman yang bakal menjadi BP dan HEWI bagi sesi 2009.Semoga kalian meneruskan pelayaran BAHTERA PMRAM ini agar ianya sampai ke destinasi yang SATU.Kalian adalah harapan kepada seluruh penumpang bahtera tersebut.Jangan hancurkan,jangan khianati.Teguhlah dalam menghadapi angin ribut,taufan yang bakal melanda.Tenggelam kita,niat tak berubah arah.SYAHID kita sebagai wasilah.

Jika selamat sampai ke destinasinya,janganlah terlalu berbangga.Bersyukurlah.Kerana semua kurniaan dgn izin Allah Yang Maha Berkuasa.Sekalung syabas daku ucapkan kerana kalian sanggup mengambil posisi di hadapan walaupun sudah jangka cabaran yg bakal dihadapi.Namun ingatlah!!!USAH GENTAR,USAH TAKUT.TERUSKAN BERJUANG HINGGA TAMAT.Kerana kita bukan org yang memulakan perjuangan ini,kita hanyalah antara mata-mata rantai perjuangan abang-abang dan akak-akak terdahulu.Biarpun ada yang karam di lautan,namun itu bukan alasan.

Semoga Allah tetapkan hatiku ini beserta dengan teman-teman2 seperjuangan yg lain.Kerana ku tahu dan aku yakin,hati ini adalah milik Allah Yang Maha Esa.Bila-bila masa akan diuji.Semoga DIMATIKAN kita atas JALAN YANG BENAR.

SALAM PERJUANGAN TIADA NOKTAH SEHINGGA BERTEMU ALLAH

ALLAHU AKBAR!!!!

Tuesday, March 17, 2009

UMNO Dan PAS Perlu Berkorban!!!





UMNO, Pas perlu berkorban

Oleh AIZAWATI AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mac - UMNO dan Pas perlu mencari mekanisme terbaik jika kedua-dua parti itu mahu meneruskan hasrat mereka untuk bergabung.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kedua-dua parti itu juga perlu bersedia untuk berkorban dan ikhlas menerima sebarang perubahan terutamanya perkara yang membabitkan prinsip serta ideologi masing-masing.

"Bercakap memang mudah, tetapi hendak melaksanakan, ia satu perkara yang sukar jika kedua-dua parti tidak ada keikhlasan untuk menjayakannya.

"Jika Pas hendak sertai Barisan Nasional (BN), kita kena cari mekanisme terbaik bagi menjayakannya, kedua-dua parti perlu ada keikhlasan dan banyak berkorban,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang mencadangkan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan BN khususnya UMNO dan Pas yang merupakan impian seluruh orang Melayu di negara ini.

Mohamad Khir berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, menurut Syed Ali, jika awal-awal lagi kedua-dua parti sudah ada prasangka buruk antara satu sama lain, hasrat untuk bergabung amat sukar direalisasikan.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Nidzammudin Sulaiman memberitahu, Pas perlu melupakan pengalaman lalu jika mahu bekerjasama dengan BN.

Jelasnya, jika dilihat kembali pendapat daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau dikatakan cukup serik untuk bekerjasama lagi dengan UMNO.

"Di sini, saya melihat perlunya pengorbanan daripada kedua-dua parti, Pas perlu ada pendirian baru dan mereka kena melupakan pengalaman lalu.

"Sementara itu, UMNO pula yang selalunya bersikap dominan perlu berkorban dan tidak boleh menganggap Pas sebagai sebuah parti komponen yang kecil," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal pula berpendapat, cadangan itu tidak mustahil untuk dilaksanakan dan yakin ia boleh direalisasikan dalam sekelip mata jika kedua-dua pucuk pimpinan parti tersebut ada keikhlasan untuk menjayakannya.

"Kita kena perlu ketepikan emosi jika mahu melihat nasib orang Melayu dan agama Islam terus mendapat pembelaan sewajarnya dan yang paling penting untuk memelihara agar Melayu tidak berpecah-belah," tegasnya.

Beliau berkata, UMNO dan Pas perlu berkorban kerana ini semua untuk masa depan orang Melayu walaupun kedengaran masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Subahan juga percaya penggabungan itu akan membantu menstabilkan politik Malaysia terutamanya dalam situasi negara ini menghadapi krisis ekonomi global.

Ini adalah petikan dari :http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

-----------------------------------
Ulasan:Cucu Tok Jambul

Saya buka penganalisis politik,hanya sekadar mahasiswa pemerhati dari jauh.Sekadar pandangan dan persoalan kepada teman2.Dan mungkin lebih kepada persoalan2.

1-Siapa yg mahu bergabung dgn siapa?
2-Sebab apa mahu bergabung?
3-Apakah perbezaan antara UMNO dan PAS hanya semata2 perbezaan ucapan kalam pimpinan,pemakaian atau dari sudut dasar pertubuhan organisasi tersebut?
4-Siapakah yg tidak ikhlas?
5-Mengapa perlu diwujudkan kerajaan antara UMNO dan PAS?
6-Mengapa ada sangka buruk?Macam ada sejarah yg ingin dilupakanje.
7-Mengapa perlu lupakan pengalaman lalu,jika ianya sbg panduan pada hari ini dan akan dtg,sbb sejarah akan berulang jika kesilapan yg sama dilakukan.
8-Siapa yg ikhlas atau tidak?Atau ada individu yg ingin jaga kepentingan diri sendiri?

Sedarlah wahai umat Islam.Hidup kita hanya utk Allah dan ISLAM.ISLAM perlu diletakkan di tempat yg sepatutnya.ISLAM itu sempurna,tidak boleh sama sekali dipisahkan antara EKONOMI,PENTADBIRAN,PERNIAGAAN,PERUNDANGAN dan seluruh kehidupan kita di dunia ini.PERBEZAAN BESAR ANTARA UMNO DAN PAS ADALAH PAS INGIN DAULATKAN ISLAM MANAKALA UMNO NASIONALISME.

Wednesday, March 11, 2009

Ku Tujukan Buat Pejuang Islam




Watikah Batu Bersurat

Rasulullah Dengan Arwah Santabi Mereka

Asa Dewata Mulia Raya Beri Hamba
Meneguhkan Agama Islam

Dengan Benar Bicara Derma Mereka Bagi
Sekalian Hamba Dewata Mulia Raya

Di Benuaku Ini Penentu Agama Rasulullah
S.A.W Raja

Mandalika Yang Benar Bicara Sebelah
Dewata Mulia Raya Di Dalam

Bumi Penentu Itu Fardhu Bagi Sekalian
Raja Manda

Lika Islam Menurut Setitah Dewata
Mulia Raya Dengan Benar

Bicara Berbajiki Benua Penentu Itu Maka
Titah Seri Paduka

Tuhan Menduduki Tamra Ini Di Benua
Terengganu Adi Pertama Ada

Jumaat Di Bulan Rejab Di Tahun
Saratan Sasanakala

Baginda Rasulullah Telah Lalu 702



WATIKAH NUSANTARA

Ku dengarkan akan teliti akan ia demi amanah yang dipikul demi matlamat akhirat.

Kang (yang tua yang membaca),sesungguhnya ini tersurat kata2 yang akan menghapuskan segala dosa,mendengar akan,mengata akan,mengamal akan,mengikut akan sahabat yang mulia.Baginda memerintahkan berpandu akan ia.Baginda setahu-tahunya susulan apa yang diwasiatkan oleh Baginda.

Kang (pada yang membaca/abang)tugas memikul tugas mu.Kang Ku tujukan pada mereka yang akan dimaki,akan dihamun,akan dihenyak,akan disembelih dan akan disalibkan.Ini usul cerita bermula darihal dunia yang hina.Hina kerana tidak beragama.Hina kerana menjadi hamba pada mereka yang bermaharajalela.Tak terputus rahmat kuasa berdalilkan Quran yang mulia,yakni ilmu sudah dikira mendapat restu Maha diRaja,sultan direstu,sultan mulia agar dapat semua beragama.

Kang (ahli / abang ) tak ada apa-apa yang Ku rasa.Kitab ini harta hanya layak pada yang empunya.Aku serah pada empunya terkandung dalam semua rahsia……………jalan menuju pada yang jaya.

Pada mula alam dicipta pada qalam Allah berkata taat aku tiada hingga engkau jangan engkau berlaku dusta.Kang ini ilmu nyata pada mata yang ada takhta,salinan dibuat di merata hanya satu yang akan berkata.Kang lihat pada diri jangan lihat pada kiri.Lihat pada rasa lahir sudah apa jiwa.Pikul akan segala rahsia.Tetap akan pada si dia,nanti berjumpa kita dijalan usul terletak rahsia.

Tuesday, March 03, 2009

.:: Ke Mana Arah Tuju Remaja Kita ::.

Kekasih ketagih seks ugut sebar klip bogel...

KUANTAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima hidup dalam ketakutan apabila mendakwa diugut teman lelaki yang mahu menyebarkan video seks dan gambar bogel jika enggan menuruti kemahuannya.

Kejadian terbabit mula disedari mangsa berusia 17 tahun berasal dari Kampung Sungai Pasu Gali, dekat Raub, apabila melihat perubahan pada teman lelakinya berusia 23 tahun yang menjadi pemarah serta panas baran jika kemahuan seksnya tidak dituruti.

Bagaimanapun, mangsa cuba berbincang untuk menyelesaikan masalah perhubungannya, tetapi teman lelakinya enggan dan menyatakan keinginannya mahu melakukan hubungan terlarang itu.

Difahamkan sebelum ini, mangsa bersama teman lelakinya itu beberapa kali melakukan hubungan seks sambil merakamkannya dengan menggunakan telefon bimbit.

Teman lelaki mangsa mengugut mengedarkan aksi bogel pelajar itu kepada rakan jika enggan menuruti permintaannya untuk melakukan hubungan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata disebabkan takut ugutan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Raub, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, teman lelakinya enggan bersimpati dengan mangsa walaupun dirayu beberapa kali supaya tidak menyebarkan gambar bogel dan video seksnya itu.

Narenasagaran berkata, polis mengenal pasti identiti suspek dan akan membuat tangkapan dalam tempoh terdekat sebaik saja mangsa membuat laporan polis.

.................................................

Sedikit ulasan

Seringkali kita mendengar kes2 sepertimana yg berlaku di atas.Zaman kini seolah2 sudah tidak lagi menjadi suatu keaiban bagi remaja kita utk melakukan hubungan sex sebelum kahwin.Peringkat sekolah menengah hatta dari sekolah rendah juga sudah ada kes2 sebegini berlaku.

Baik.Beberapa perkara yg bagi saya perlu kita yg prhatin perhatikan dan ambil berat mengapa perkara sebegini boleh berlaku.

1-Tayangan filem,cerita,lagu2 yg terlalu mengasyikkan jiwa.Yang mana kebanyakkan mendorong jiwa muda-mudi utk bercinta mula dari zaman kecik lagi sehinggalah dewasa.Seolah-olah jika tidak bercinta,tidak ada pasangan kekasih,tidak ada pakwe atau makwe seolah-olah ketinggalan zaman.Kunolah,lapuklah dan sebagainya.

2-Lambakan filem2 luar,cerita orang putih,hindustan,china dan berbagai-bagai lagi yg telah banyak melemahkan jiwa muda-mudi umat Islam zaman kini.Kebanyakkan cerita semua sudah semestinya akan ada adegan ciuman,berpelokan dan segala yg boleh meruntuhkan moral akhlak kita ummat Islam.Memang ini adalah sebahagian perancangan Yahudi dan semua musuh Allah.Utk berperang dgn senjata mungkin mereka ingat sejarah perang salin,namun kita sebenarnye sudah tewas hanya dengan serangan jiwa.Jiwa kita semua telah dilemahkan oleh perasaan cinta pada dunia dan takut pada kematian.

.............................

Berbalik kepada fokus isu di atas.

Wahai saudara dan saudariku yang daku kasihi.Ingatlah kita semua bahawa kenikmatan dunia ini hanya seketika.Tidak salah utk kecapi kenikmatan dunia,namun tidakkah kita bimbang dengan cara yg salah kita kecapi nikmat dunia yg ada ini akan kita terima balasa azab Allah s.w.t yg amat pedih?

Sama2lah kita berfikir dgn akal yg waras sebelum kita melakukan sesuatu.Bila dah habis seronok takut sengsara yg kunjung tiba.Wahai pemudi harapan AGAMA,jgn biarkan dirimu ternoda dengan dosa,jgn biarkan pemuda meragut mahkota mu yg berharga itu.Jangan sesekali.Jangan dikau mudah termakan pujuk rayu pemuda yg hanya ingin merosakkan dirimu.Dikau hanya milik suamimu yg sah.

Wahai pemuda harapan ummah.Dimanakah kita berada sekarang ini?Di dunia yg kekal selamanya atau dunia yg bakal hancur nanti?Ingin keseronokkan yg kekal abadi?Ingin kahwini wanita yg cantik?Ingin dampingin wanita solehah yg akan menenangkan jiwa?Cuba sama-sama kita tilik kembali diri kita ini.Siapa kita?

Dah terlanjur melakukan dosa.Bertaubatlah.Selagi nyawa masih di badan.Allah itu maha penerima taubat.Allahurabbi.Ampunilah kami semua.Tunjukilah kami jalan yg ENGKAU REDHAI.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Oleh : Cucu Tok Jambul

Sunday, March 01, 2009

.:: Jenagor Yang Aku Kenal ::.



Suatu ketika di depan pintu gerbang seberang Kampung Jenagor



Masjid Usul Jenagor

Jenagor suatu nama yang agak tidak dikenali ramai.Namun kadangkala yg tidak masyhur itu juga mempunyai satu rahsia yg tersembunyi yang belum lagi kita ketemui rahsia tersirat di sebaliknya.Kawan-kawan seringa menanyakan ana apakah itu Jenagor.Ana hanya akan senyum dan katakan itu adalah dinisbahkah kepada nama tempat.

Namun mengapa ianya seolah-olah begitu bermakna buat diri ini,sehingga id YM,alamat E-MAIL pun menggunakan nama tersebut?Hakikat yang sebenar lebih mengetahui hanya Allah Taala.Namun setelah kali pertama berkenalan dgn tempat ini,terus aku jatuh cinta.Terasa begitu tenang bila berada di sana.Nyaman,damai.Jauh dari kesibukan bandar.Terasa Allah begitu hampir dengan diri.

Terlalu banyak rahsia tempat ini yang belum kutemui.Namun disinilah terletak segala rahsia terutama sejarah penyebaran agama Islam.Sejarah batu bersurat.Dan disini sebenarnya terletak satu maqam ulamak iaitu Sheikh Syariff Muhammad Al-Baghdadi
Maqam ini terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau manis ( Syeikh Abdul Malek bin Abdullah )

Banyak perkara yang telah aku pelajari di sini.Semoga Allah berkati daku.

Sedikit sebanyak tentang sejarah Terengganu.Hanya Allah yang lebih mengetahui kebenarannya.

http://www.pmn.gov.my/terengganu/Pembangunan%20Usahawan/SejarahHTrg.htm