Pages

Sunday, December 28, 2008

Kehidupan Hakiki

Kehidupan Hakiki

Dalam ku mencari kebenaran
Ku tempuhi banyak jalan
Ku mencari erti kehidupan
Erti sebenar kita dijadikan

Asal kita dari tiada
Dijadikan kita Tuhan Yang Esa
Atas maksud sebagai hamba
Hamba hanya pada si Dia

Janganlah kita menyalah gunakan
Segala nikmat yang Allah berikan
Takut nanti dimurkai tuhan
Neraka tempat sebagai balasan

Erti sebenar hidup ini
Adalah berbakti kepada Ilahi
Perbanyakkanlah amalan suci
Agar beruntung di kemudian hari.

HIjrah 1430 : Apa azam kita ?

Syukur alhamdulillah,puji dan puja hanya untuk Yang Maha Esa,selawat dan salam ke atas junjungan baginda yang mulia,ke atas ahli keluarga,para sahabat serta seluruh para pendokong agama Islam yang tercinta.

Telah berlalu hijrah 1429 dengan segala pengalaman,liku-liku kehidupan yang sama-sama kita ummat Islam lalui,susah senang,pahit manis,suka dan duka.Hidup di dunia ini sama sekali kita tidak akan terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t.Baik kita diuji dengan kesenangn,kepayahan semua adalah ujian.Yang berjaya hanya mereka yang hanya mengikut perintah Allah s.w.t.

Hijrahnya baginda dan para sahabat meninggalkan tanah tumpah air kerana perintah Allah,atas nama hamba yang taat kepada Khaliq-Nya.Ikutkan perasaan dan jiwa serta hati yang kudus,betapa sedih dan pilu terpaksa tinggalkan tanah kelahiran sendiri,penuh dengan kenangan,ingatan bersama keluarga,namun itulah perintah Allah Yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan batin,yang tersurat mahupun tersirat.

Kita ummat Islam sering dipesan agar sentiasa mentajdidkan iman dengan kalimah tauhid.sering diperingatkan agar sentiasa memperbaharui niat.Kini kita semua akan menyambut tahun hijrah yang baru,dan kita semua akan menutup tirai 1429 hijrah.Apakah azam kita semua kali ini?

Monday, December 15, 2008

Apa Dah Jadi

Apa Dah Jadi

Malam sepi aku duduk sendiri
Mengadap Allah Rabbul Izzati
Memikirkan nasib bangsaku ini
Ditindas dari hari ke hari

Bangkitlah wahai bangsaku semua
Bangkit dari tidur yg lena
Bangkit menuju Allah Yg Esa
Pemilik segala apa yg ada

Apa dah jadi dengan kita semua
Terleka oleh permainan dunia
Tiada untung banyak ruginya
Menyesal di sana tiada gunanya

Selagi roh di kandung badan
Selagi peluang masih diberikan
Gunakanlah segala kesempatan
Untuk beramal sebagai bekalan
Demi menuju hari berkekalan

Wednesday, December 03, 2008

Pilihanraya Kecil

Tidak berapa lama lagi akan ada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail 59 tahun.

Semestinya setiap parti sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya kecil ini.Walau apapun semoga kemengan berpihak pada Islam