Saturday, August 30, 2008
Thursday, August 28, 2008
Menjadi Pimpinan Terpaksa Atau Sukarela Atau.....

Sekadar hiasan
Kepemimpinan adalah merupakan antara kelompok atau golongan yg mana dalam kedudukan masyarakat merupakan golongan atasan.Pemilihan pucuk kepemimpinan ada yg dipilih melalui bermacam-macam cara.Pilihanraya,keputusan syura,rampasan kuasa,dan bermacam-macam.
Kepimpinan banyak peringkat.Baik di peringkat rendah,menengah,ipt,negeri,negara bahkan dunia.Mereka yg menjadi pemimpin ada yg memikul amanah ini dengan penuh rasa bertanggungjawab,ada yg terpaksa,bahkan ada juga istilah paksa rela.Ada sesetangah golongan atau individu beriya-iya utk memegang jawatan tinggi.Mengapa?Ada yg kerana nak bolot harta,nak kemasyhuran,nampak hebat pada mata manusia dan bermacam-macam jenis manusia dalam golongan pemimpin.
Namun dalam Islam,di mana dalam hadis Rasulullah s.a.w telah menyatakan yg mana kesimpulan daripada hadis itu bahawa setiap kita adalah pimpinan,dan kita semua pasti akan disoal di akhirat kelak atas segala amanah yg telah dipertanggungjawabkan.Bukan semata-mata kerana tasyrifan(kemulian) bahkan sebagai taklifan (tanggungjawab).
Namun daripada segala amal perbuatan seharian kita,baik sebagai pimpinan,ahli,anak,bapa,dan semua dikalangan kita selaku manusia adalah kembali kepada firman Allah yg mana maksudnya bahawa tidaklah dijadikan jin dan manusia ini hanyalah utk beribadah kepada-Ku yakni Allah.
Jika kita selaku seorang muslim yg faham akan kedudukan kita dengan Allah,insya-Allah masalah-masalah sebagaimana yg berlaku pada hari ini akan selesai.Sekarang ini jika kita perhatikan dalam akhbar dan juga berita tanah air khususnya.Masalah rasuah,salah laku dan juga bermacam-macam jenis kes-kes jenayah telah melibatkan pimpinan itu sendiri,tidak kira siapa boleh dikatan semua peringakat daripada atas sampailah ke bawah.
Masih stabilkah negara kita?Mungkin inilah antara salah satu sebab apabila pucuk pimpinan dipegang oleh golongan yg jahil.Bukan jahil IT tapi jahil agama.Siapakah yg patut dipersalahkan dalam hal ini?Sepenuhnya pada pimpinan atau kita juga selaku rakyat juga patut dipersalahkan?
Satu pandangan peribadi,apa yg dilihat,apabila pimpinan yg menjadi pemimpin adalah tidak dapat terima jawatan sepenuh hati dengan penuh rasa bertanggungjawab,penuh rasa terpaksa,lihatlah di sana nanti bahtera tersebut akan dapat meneruskan lagi atau tidak perjalan di lautan yg mengganas.
Keikhlasan menjadi tunjang utama.Buat kerja kerana Allah demi Islam tercinta.
Siiru 'ala barakatillah
Posted by
Cucu Tok Jambul
at
12:07 AM
0
comments
Sunday, August 24, 2008
Selamat Pulang
Natijah bagi peperiksaan daur awwal bagi mahasiswa tahun 3 takhassus MAAHAD QIRAAT AL-AZHAR sudah pun keluar,kini bagi mereka yg mengambil daur thani sedang menanti denga n perasaan yg berdebar-debar.Najahkah,atau terpaksa daur sanah.Perasaan yg bercampur baur,berdebar-debar,tidak sabar,takut,gerun dan bermacam-macam di dalam minda.
Alfun mabruk bagi yg telah berjaya,selamat pulang dan meneruskan perjuangan di medan-medan yg bakal anda tempuhi akan datang.Semoga amanah ilmu yg telah sama-sama kita pelajari semasa bersama dahulu di maahad dapat kita sampaikan pada masyarakat.
Semoga dengan shahadah yg bakal kita terima ada keberkatan daripada Allah atas segala usaha yg telah kita sama-sama usaha.
Siiru 'ala barakatillah.
Salam perjuangan.
Posted by
Cucu Tok Jambul
at
12:17 AM
0
comments
Friday, August 15, 2008
Mengapa Sukar
Tajuk kali ini yg ingin saya kongsi bersama teman-teman ialah tentang masalah mengapa kadang kala apabila kita membaca,mendengar bacaan ayat-ayat suci al-quran langsung tidak memberi kesan kepada jiwa kita,rasa tiada apa-apa yang istimewa.Tentang kelebihan al-quran terlalu banyak yg kita dengar dan kita tahu.Namun kadang kala ianya sikitpun tidak memberi kesan pada jiwa-jiwa kita.Mengapa agaknya?
Persoalan tersebut perlulah kita tanyakan pada jiwa-jiwa dan iman kita sendiri.Adakah akan nampak bernilainya sesuatu benda andaikata diletakkan didalam bekas yg kotor?
Mungkin hati-hati kita telah terlalu kotor dengan daki-daki dosa dan noda yang tidak terkira banyaknya.Hati sudah semakin gelap dan jauh daripada Allah,mungkin sebab itulah apabila dibacakan ayat-ayat suci al-quran pun tidak dapat rasa kenikmatannya.
Sama-samalah kita sentiasa memohon keampunan daripada Allah s.w.t agar kita semua ditempatkan bersama golongan mereka yg sentiasa bertaubat dan mendapat rahmat ALlah.
Posted by
Cucu Tok Jambul
at
12:06 AM
1 comments
Friday, August 08, 2008
Selamat Kembali Ke Bumi Mesir
Alhamdulillah pada tarikh 7 Ogos 2008 jam 6.50 pagi waktu Mesir aku telah selamat sampai kembali ke bumi anbia' ini.Setelah pulang ke tanah air selama hampir sebulan setengah.Datang kembali menyambung sisa2 perjuangan sebagai mahasiswa di bumi asing.
Terkenangkan tanah air,terasa bukan sebuah negara yang begitu aman sebagaimana yg diwar-warkan.Jika Malaysia dikatakan negara pengganas pun rasanya sudah lojik diterima akal kita yang waras.Mengapa?Pembunuhan di mana-mana sahaja.Itu saja sudah cukup menggambarkan negara kita sudah tidak aman.
Kes-kes kanak-kanak hilang entah ke mana,kalau jumpa pun hanya mayat,kena rogol,liwat dan bermacam-macam kes.Apa lagi yang kita hendak banggakan dengan Malaysia kita kini walaupun sudah merdeka dari penjajah 50 tahun lebih namun rakyat tetap berada dalam keadaan ketakutan.
Mungkin inilah bahana apabila pimpinan diambil alih oleh mereka yang bukan ahlinya dan juga pimpinan yang hanya ingin membesarkan perut masing-masing sahaja.
Malaysia oh tanah airku
Akan tergadaikah negara tanah air kita kepada mereka yang tidak sepatutnya?
Terjaminkah kehidupan kita seharian tanpa pedoman?
Sama-samalah kita renung,fikir,dan cuba buat apa yang terbaik.
Posted by
Cucu Tok Jambul
at
6:47 AM
0
comments











