Pages

Sunday, November 18, 2007

Allah Pemberi Rezki Bukan Makhluk

Allah Maha Pemberi Rezki...mengapa kadangkala manusia itu lupa bahawa yang memberikan rezki kepada kita semua adalah Dia Yang Maha Berkuasa,mengapa manusia begitu takut akan kepada makhluk dalam menegakkan kalimah Allah demi sesuap nasi?Mengapa kita semua tidak yakin kepada Allah...Adakah Dia akan membiarkan hamba-Nya yang berjuang mempertahakan agama Islam yang suci itu dengan begitu sahaja?..Teruskan perjuangan wahai semua pejuang agama Allah...usaha gentar dan takut pada ancaman dunia,azab Allah di akhirat lagi pedih menanti jika kita semua khianat pada-Nya.Semoga Allah tetapkan hati kita di atas landasan yang benar selamanya.

Cemerlang Gemilang Dan Terbilang Selamanya Untuk Islam!!!!

Alhamdulillah

Alahmadulillah...selesai sudah urusan tauzi' pelajar-pelajar baru.Sekarang ini bolehlah nak tumpukan perkara lain pula.Semoga ALlah sentiasa memberkati kita semua,buat teman-teman yang baru sampai Mesir,belajarlah sungguh-sungguh,belajar demi Islam tercinta,jadilah agen perubah masyarakat ke arah kebaikkan janganlah kita menjadi agen perosak masyarakat.

Monday, November 12, 2007

Ketenang Jiwa

Alhamdulilah,setelah sekian lama aku tidak menulis pada kali ini Allah taala telah memberi sedikit peluang dan ruang untuk aku menyampaikan sedikit kalam buat renungan kita bersama.

Segala pujian itu hanya layak buat Allah Yang Maha Esa,selawat dan salam ke atas junjungan baginda yang mulia,selawat dan salam ke atas ahli keluarga baginda serta para sahabat dan selawat dan salam buat semua pejuang agama Allah yang dikasihi sekalian.

Kehidupan insan tidak dapat lari dari wujud perasaan gembira,suka,duka,serabut dan bermacam-macam lagi.Semua org berkeinginan jiwa yang tenang.Jiwa yang tenang hanya akan wujud jika hati kita sentiasa bersama dengan Allah s.w.t.

Banyakkan zikir hati akan semakin tenang,nak buat sebarang urusan semakin mudah.Ada masalah ingat Allah selalu,yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Hati yang yakin pada janji-janji Allah akan sentiasa berlapang dada dan dapat menerima segala ujian yang datang melanda dengan hati yang penuh redha.

Semoga bertemu lagi pada kalam-kalam yang akan datang.