Pages

Friday, July 13, 2007

Imtihan Daur Thani Dah Tiba

Assalamualaikum....Selamat berjuang dalam imtihan daur thani buat semua teman seperjuang..baik ikhwah di Shoubra mahupun akhawat di Mansurah...Semoga ujian kali ini kita semua akan peroleh kejayaan yang hakiki...kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Ujian di dunia pun memerlukan persiapan yg secukupnya,apatah lagi ujian yg bakal kita semua lalui di alam yg lain nanti.Penuh dengan ujian dan jalan2 yg perlu kita semua lalui.

Jalan yang luas telah terbentang,jalan kebenaran telah terhidang,tinggal hanya untuk kita lalui dengan penuh kesabaran.Hukum Allah telah jelas,pada apa yang mahu kita rujuk.

Wahai diri yang hina,sahabat dan teman,sedarlah kita semua,masa untuk kembali kepada Allah semakin hampir,dunia semakin menuju kehancuran.Kehancuran akibat sikap durjana manusia itu sendiri yang telah melakukan bermacam kedurjanaan.Sama-samalah kita persiapkan diri untuk kembali menemui Rabbul Izzati.

Wednesday, July 11, 2007

Renungkanlah

Renungan Untuk Diri Ku Dan Semua Umat Islam

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula
kerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang
itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal
waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung
Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham
namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini
TETAPI tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan
pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu
terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita
penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong
mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-
duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila
ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-
siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah
dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil
masa berbulan- bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui
media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi
merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu
bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan
tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya
Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar
tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah
penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini
satu perbuatan
buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina
buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak
yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia
hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak
hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa
yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila
TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak
terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa
terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang
dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang
mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan
yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan
besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari
sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau
perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai
juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan
sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini
membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak
berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari
kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku
adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih
baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika
tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya
atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih
yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu
dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di
pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor
peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa saya
jahat, saya berdosa. saya tidak betul. saya bersalah, kerana saya
dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

------------ -----
Biarla kita di hina...Janganla kita pula yang menghina..Kerana yang
dihina itu..adalah lebih baik pada pandangan Allah daripada yang
menghina..

Tuesday, July 10, 2007

Tudung Wanita


Nilai Tudung Wanita


Di sini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung

kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita

Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan

lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah

dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat

telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar

dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh

badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia

seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi

dan disimpan pula di dalam peti besi yang

berkunci.Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana

wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh

badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di

hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan

dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat,

darjat,nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah

sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,

sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita

saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari

peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.

Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah

kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai,

namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.

Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan

sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa

yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar

ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai

fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam

kini.


Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di

dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang

menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di

atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan

dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk

mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke

atas wanita.


Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin

itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah

sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang

wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan

bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang

mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan

muhrimnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita

dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak

bertanggungjawab.


Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias,

maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun

bertudung, tetapi semakin membesarkan riak danbangga

dalam diri.


Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa

tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date,

sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan

rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina,

banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.

Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan

bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu

kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan

berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak

bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih

lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada

orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan

bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh

tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan

bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-

orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina,

khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang

yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak

orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap

orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan

bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak

bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa

lebih bebas lagi.


Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk

Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga

kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun

bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-

orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama

Islam dengan agama mereka.


Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah

orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah

agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah

Islam.Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi

hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus

memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa,

kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk

disampaikan.Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula

dari diri kita sendiri.


Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik

tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi

dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari

masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga,

ego, riak dan lain-lain penyakit hati.


Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari

tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau

tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan

Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si

polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat

kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa,

manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat

adalah satu dosa lain.


Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari

suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.

Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki

perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir

dengan teman lelaki.Serahkan pada Allah tentang jodoh.

Memang Allah sudah tetapkan jodohmasing-masing.

Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan

amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi

terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi

orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat

suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka

mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang

lain.jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan

maruah sebagai wanita Islam.Barulah nampak Islam itu

indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak

yangmenghiasi peribadi wanita muslimah.


Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan

ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui

"Islam is really beautiful." Semuanya bilaindividu

Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai

wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak

langkah sekarang sebagai agen pengembang agamamelalui

pakaian.


Sumber : http://www.shamatun.blogspot.com

Yahudi gerun keturunan Rasulullah

Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah
Oleh Abdurrahman Haqqi


“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat

ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah

SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai

kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW

ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah,

walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal

Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya

mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan

Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)

Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda

di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku

bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan

Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan

Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait,

penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat.

Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran

atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut

dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan

Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada

dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah

sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari

berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita

memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah

tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga

Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya:

“Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum

cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya

sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi

cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya

kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya

sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi

cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).

Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat

al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih

utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri

dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-

Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang

sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu

daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia

membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana

mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada

umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di

tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah

sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan

keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah

hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di

syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H)

dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal

ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang

Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia

supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak

sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang

daripada keturunannya’.

Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan

rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka

dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu

keturunan dengan keturunan lain.

Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait

Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi

pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka

supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik

zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan

al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya

Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada

kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah

al-Ahzab: 33)

Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah

keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku

keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-

Tabrani)

Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu

dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut

hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat

untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya:

‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan

‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian

mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada

Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya

Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada

keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang

tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga

mereka memperkecil bahkan menghina mereka.

Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam

macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah

mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan

permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah;

orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang

mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu

dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah

dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang

yang menghalalkan larangan Allah; orang yang

menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan;

dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat

Tirmizi dan al-Hakim).

Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang

mendapat kutukan Baginda adalah orang yang

menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan

atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak

sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak

mereka.

Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-

bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang

bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’

protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada

menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian

bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan

memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’

(iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan

(genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya

golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan

negara daripada serangan kita.

Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan

(institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina

golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai

golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula

dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing

berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang

(sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat

serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas

keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah

golongan bangsawan (warisan) ini.

Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan

(warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman

kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai

yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini

diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.

Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap

umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-

bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di

atas.

Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin

dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada

zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala

menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan

kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat

manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik

hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras

menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah

ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci

ahlul-bait Rasulullah binasa.

“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak

signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan

ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya

sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi

mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-

bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka

mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam

Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi

ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka,

terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat

Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy

atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat

menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka

daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada

kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu

Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada

manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada

kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam

yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah

kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura:

23).

Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti

dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun

jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada

kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada

keluargaku.”

Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah

lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama

Islam suci lainnya.

Khas Buat Wanita

Khas Buat Wanita Tercinta-

Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat?

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:59)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut beberapa point hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa.Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “…karena itu mereka tidak di ganggu”…. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu ‘show’ yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk ‘mendapatkan’ wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “…supaya mereka lebih mudah untuk dikenal…”. Ssebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Buat Lelaki:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24:30)

Buat Wanita:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada mahramnya… (24:31)



ALLAHU ‘ALAM…

يا نساء

WANITA OH WANITA... Pening Lagikah?

Oleh:
Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi?" Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?"

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor?" tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah SWT:

Ertinya: "Mereka menanyakan kepadamu:" "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" (Al-Maidah: 4)

Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW:

Ertinya: "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" (Riwayat Ad-Dar Qutni; Ad-Dar Qutni: Sohih, An-Nawawi: Hasan)

Perempuan Lebih Sukar?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata:

"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.

"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.

"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.

Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

"Benar, InshaAllah.. " Kata saya.

Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

Ertinya: "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut:

Ertinya: "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"

Imam An-Nawawi pula berkata :-

Ertinya: "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"

Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam (Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)

Hukum Asal & Fitrah

Hasilnya, yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; Malah ini kerana menurut hukum Islam yang asal, kerja mencari nafqah adalah merupakan tanggungjawab utama kaum lelaki. Bertepatan dengan tugasan asalnya itu, secara umumnya kaum lelaki diberikan lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)

"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan amat sukar untuk dielakkan. Namun, pandangan bebas saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.

Adakah kita sedar bahawa punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini kemungkinan berpunca dari rumahnya?.

Pernahkah anda mempunyai anak lelaki? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbadning kanak-kanak wanita.

Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, jika tidak, ia berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya. Nauzubillah.

Kerana itu, rumah dan pendidik di rumah terbaik adalah seorang ibu. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan si anak lelaki. Iaitu samada ia mampu menggunakan tenaga fitrahnya yang gagah untuk mentadbir dunia dengan adil dan baik atau sebaliknya. Jika tidak, akan berterusanlah kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.

Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan pshcologi itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang hampas dan sisa buat anak-anaknya.

Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini?

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menapoous pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"

"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda:

Ertinya: "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" (Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371; Ibn Athir: Hasan 11/200 )

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.

Akibatnya berbondong wanita bekerja, kemudiannya apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah...

Wanita dan Wangian

Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.

"Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.

Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya:

Ertinya: "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani: Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.

Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, tika itu...janganlah ia marahkan si lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan', supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.

Nabi SAW pernah bersabda:

Ertinya: Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani: Sohih)

Akhir kata; Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah... pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..

Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
4 Safar 1428 H
22 Februari

قصص الصالحات

WANITA PENJINAK SINGA JANTAN

Al-Ashma 'i radhiallahu-anhu bercerita;

Sekali peristiwa, bila saya mengikuti suatu rombongan pergi ke Mekkah untuk naik Haji, dengan mengenderai unta di tengah-tengah padang pasir, tiba-tiba muncullah seekor singa yang sangat besar menghadang jalan kami. Rombongan haji itu terpaksa berhenti secara spontan, tidak berani meneruskan perjalanan lagi. Orang-orang dalam rombongan itu semuanya kelam-kabut dan kecoh kerana takut kepada singa itu.

Saya pun memanggil pengawal kami untuk mengusir binatang itu, namun tidak berhasil, justeru pengawal itu pun takut kepada singa itu.

"Tidak adakah di antara kamu sekelian seorang yang berani mengusir singa ini dari menghalang perjalanan kita?"tanyaku kepada pengawal itu.

Tiba-tiba aku kedengaran suatu suara yang menjawab, katanya:

"Jika engkau maksudkan dia itu seorang laki-laki, maka memang kami rasa tidak ada seorang yang berani di antara kami." Kemudiaan sambungnya lagi: "Tapi aku kenal diantara kami ini ada seorang wanita yang mungkin dapat mengusir binatang itu tanpa pedang atau apa-apa senjata pun. Dia ada bersama-sama kita di dalam rombongan ini!" kata orang itu.

"Di manakah dia wanita itu?" tanyaku bingung.

"Dia di dalam tandunya."

Saya pun segera pergi mendapatkan wanita itu di dalam tandunya, seraya memanggil:

"Ibu! Kalau tidak keberatan, cuba turunlah dari tandumu ini, dan tolonglah kami yang dalam rombongan. Ada seekor singa di hadapan kami menghalangi perjalanan kami!"

"Takutkah kamu sekelian dengan singa itu, sedang kamu semua orang laki-laki, dan sekarang kamu datang meminta pertolongan seorang wanita pula," sindir wanita itu.

Kami sekelian terpinga-pinga tak tahu apa yang hendak kami jawab, selain mengaku akan kebenaran kata-kata wanita itu.

"Ya, memang kami sekalian takut terhadap binatang buas itu. Kami juga tidak tahu cara-cara menghalaunya. Mungkin Ibu seorang sajalah yang dapat menghalaunya."

"Baiklah," jawabnya. "Tapi aku ni seorang wanita. Apakah kamu sekelian senang jika aku dilihat oleh singa itu, padahal dia tu singa jantan sedangkan aku ini seorang wanita?!"

Kami tidak tahu apa yang hendak dijawab lagi. Mujur ia menyambung lagi:

"Katakanlah kepada singa itu: Ibu Fatimah menyampaikan salamnya, dan dia bersumpah dengan Zat yang tidak pernah disentuhi mengantuk, menyingkirlah kau dari menghalang perjalanan rombongan ini!"

Berkata Al-Ashma 'i lagi menyambung ceritanya:

"Demi Allah, belum sempat habis ucapan wanita itu, melainkan singa itu telah meminggir pergi dari jalan itu, dan lari menghilangkan diri."

Ini tiada syak lagi menunjukkan bahawa wanita itu diantara orang-orang Sholehah, yang benar-benar telah mengenali Allah dengan sepenuh makrifat. Moga-moga Allah memberikan kita manfaat dari cerita yang kita dengar ini, Amin!

Friday, July 06, 2007

PLKN Bermasalah?

Pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah

KUALA LUMPUR 5 Julai – Persatuan Pengusaha Kem (PPK) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyifatkan para pelatih PLKN siri ketiga paling bermasalah dari segi disiplin dan banyak melakukan vandalisme dalam kem latihan.

Pemangku Presidennya, Datuk Mohd. Noh Rajab berkata, banyak peralatan dan kemudahan kem PLKN rosak setiap kali pelatih terbabit menjalani latihan.

“Banyak katil, pintu dan almari pecah akibat perbuatan vandalisme malah paip air juga dicabut oleh para pelatih tanpa sebarang tujuan.

“Hal ini amat menyedihkan dan pihak kami mendapati masalah tersebut paling banyak berlaku pada latihan siri ketiga berbanding siri yang lain,” katanya.

Serius

Mohd. Noh berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan PPKN kali kedua di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kecil. Lebih 40 ahli PPK PLKN hadir pada mesyuarat tersebut.

Mohd. Noh memberitahu, gejala vandalisme itu perlu dipandang serius kerana pengusaha-pengusaha kem PLKN seluruh negara merungut kepada persatuan selepas mengalami kerugian dan terpaksa menggantikan peralatan serta kemudahan kem yang baru.

Katanya, pihak persatuan mendapati kebanyakan pelatih PLKN siri ketiga terdiri daripada golongan pekerja, tidak bersekolah dan ada antaranya tercicir dalam pelajaran.

Selain itu, jelas beliau, latar belakang keluarga dan pengaruh rakan sebaya juga antara punca para pelatih menimbulkan masalah dan melakukan kesalahan vandalisme.

Dalam pada itu, Abdul Hadi memberitahu, setiap kerugian yang dialami pengusaha kem PLKN boleh dituntut daripada JLKN.

Menurutnya, JLKN akan mentaksir nilai kerosakan peralatan dan kemudahan serta memberi sejumlah peruntukan bagi membaik pulih kerosakan tersebut.

Bernilai

“Kerosakan peralatan dan kemudahan di setiap kem berbeza-beza antara satu sama lain dan ada antaranya bernilai ribuan ringgit,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Noh menambah, para pengusaha kem PLKN juga mendakwa mereka dibebani hutang dan mengalami kerugian sepanjang mengusahakan kem itu yang diperkenalkan sejak 2004.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa berhutang dan mempunyai pinjaman tertunggak dengan bank-bank tempatan semata-mata bagi menyediakan dan menyelenggarakan peralatan serta kemudahan di setiap kem latihan itu.

‘‘Kami perlu menyiapkan peralatan dan kemudahan kem hanya dalam tempoh tiga bulan untuk para pelatih.

‘‘Kos perbelanjaan bagi membina setiap kem melebihi jumlah pinjaman yang diperuntukkan iaitu antara RM3 juta dan RM5 juta bagi setiap kem latihan,’’ katanya.

Sumber Utusan.
..............

Komentar :

Duit habis....hasil tidak dapat....masalah yang tercapai....tol naik...barang pun naik...alangkah baiknya jika duit itu dilaburkan untuk perkara yang lebih bermanfaat...bagi pada mereka yang susah untuk menuntut ilmu Allah Taala...bantu keluarga yang susah.Semua para sidang pembaca ada akal fikiran yang telah Allah kurniakan...renungkanlah...betul ada kebaikan pada Program PLKN...berapa banyak manfaat yang kita dapat,masyarakat dapat apa?Bandingkanlah dengan masalah yang telah berlaku!!!!

Tuesday, July 03, 2007

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan


Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Bahan Rencah Oleh abi_muslih

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya.”

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.


Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah. Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh. Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku”.

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas. Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti. Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan. Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 “Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.”

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali. Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa. Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga. Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya. Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang. Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud “Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan). Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang. Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali. Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak. Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri. Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali. Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan. Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia RAsulullah SAW. Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam. Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain. Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah. Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri. Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan. Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya. Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam

Tafsir al-Quran: Menentang biarpun tahu kebenaran Islam
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Thu | Jun 28, 07 | 12:10:47 PM

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 69: Bukan sahaja mereka menentang dengan cakap-cakap mereka bahkan diikuti dengan perbuatan dengan melancarkan peperangan Ahzab. Merekalah yang berada di belakang peperangan itu apabila mereka memberi semangat kepada orang-orang musyrikin supaya memerangi Rasulullah s.a.w.

Sementara pada zamam mutakhir ini pula mereka menganjurkan Peperangan Salib beratus-ratus tahun ke atas umat Islam.

Sekali gus mereka menghancurkan masyarakat dan negara Islam di Eropah apabila Islam datang menegakkan negara di Sepanyol dan beberapa wilayah lain di benua itu.

Mereka menghancurkan Islam dengan tindakan ganas dan jahat pada hal mereka tahu Islam adalah benar. Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar bahkan diakui di kalangan mereka sendiri termasuk di kalangan paderi-paderi Keristian yang memberi nasihat kepada pengikut-pengikut mereka supaya tidak berbuat demikian kepada orang Islam.

Mereka berkata, orang Islam pun pengikut agama langit. Begitu juga pendita-pendita Yahudi yang menasihatkan supaya mereka berlembut dengan orang Islam kerana orang Islam juga beragama ‘kitabiyy’ (agama langit).

Mereka mengetahui benarnya agama Islam tetapi sedikit di kalangan mereka yang mengikut Islam dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang bersikap baik terhadap orang Islam.

Kebanyakan daripada mereka makin jahat apabila mendengar ayat-ayat Allah (al-Quran). Firman Allah yang bermaksud: "Maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang yang kafir itu." (Surah al-Maidah: 68).

Yakni berdukacita dan jangan berasa gerun ketika berhadapan dengan orang-orang kafir itu. Ibn Jarir telah meriwayatkan di dalam tafsirnya bahawa beberapa orang pendita Yahudi yang bernama Rofi', Salam bin Masykam, Malik bin 'Asif telah mengadu kepada Nabi s.a.w. dan berkata yang bermaksud:

"Adakah engkau tidak mengaku bahawa engkau mengikut anutan yang dibawa oleh Ibrahim dan agamanya dan engkau beriman dengan apa yang ada di sisi kami (Taurat)."

Nabi s.a.w. bersabda: "Ya memang aku beriman kepada agamanya Ibrahim dan beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu tetapi kamu mengingkari isi kandungannya.

Kamu sendiri tidak percaya kepada kitab kamu dan kamu juga menyembunyikan kandungannya. Kami mengambil apa yang ada di hadapan kami tidak melebihi daripada itu dan kamilah orang yang berada di atas jalan yang benar dan hidayah dari Allah."

"Dan kamilah di atas petunjuk yang benar."

Lalu Allah menurunkan apa yang dibaca tadi, "katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Wahai ahlil kitab, kamu tidak ada di atas agama yang sebenar sedikitpun. Sehinga kamu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu.

“Sehingga kamu mengikut apa yang terkandung di dalam kitab kamu. Tetapi sayang, tidak menambahkan kepada mereka melainkan kekufuran, kejahatan serta permusuhan terhadap Islam."

Firman Allah yang bermaksud: Allah Ta'ala menyuruh Nabi s.a.w. supaya jangan bersedih dan jangan takut kepada mereka. Sesungguhnya orang-orang yang beriman menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w.dan orang-orang Yahudi, yang mendakwa yang menjadi pengikut nabi Musa a.s. dan berpegang dengan kitab Taurat." (Surah al-Maidah: 16) Sesetengah ulama mengatakan bahawa orang-orang Sobiin mereka adalah satu golongan dari penganut agama Nasrani dan Majusi yang mempunyai kepercayaan yang berasingan.

Mengikut riwayat yang lain, juga mereka dari kalangan Majusi, mereka dari kalangan Yahudi dan Majusi.

Mengikut satu riwayat yang lain, mereka ialah golongan yang menyembah malaikat, bersembahyang tanpa kiblat dan mereka membaca kita Zabur. Di mana golongan Sobiin masih berada di Iraq sehingga sekarang.

Firman Allah yang bermaksud, "Golongan Yahudi dan orang-orang Kristian, yang mendakwa bahawa mereka berpegang dengan kitab Injil dan menjadi pengikut nabi Isa a.s. Dan orang-orang Kristian yang mendakwa bahawa mereka pengang dengan kitab Injil, menjadi pengikut Nabi Isa a.s.

Yang selamat adalah sesiapa yang beriman kepada Allah Taala dan hari kiamatdan beramal dengan amal yang soleh sebagaimana terkandung di dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia. Maka tiada ketakutan kepada mereka dan tidaklah mereka berdukacita." (Surah al-Maidah: 87). – lanh

Bondaku


Saat indah bila disatukan

Dua insan yang berkasihan

Membina keluarga mencari keredhaan

Tuhan pemilik sekalian alam


Lahir anak sebagai bukti

Kebesaran Allah pemilik sejati

Pengorbanan bonda begitu tinggi

Tak dapat dihitung dengan jari


Mendidik anak supaya menjadi

Hamba Allah rabbul izzati

Namun diengkar tiada dipatuhi

Iblis dan syaitan yang diikuti


Sabarlah bonda yang aku kasihi

Pengorbananmu tiada rugi

Dibalas Allah di akhirat nanti

Sabarlah bonda dalam menanti


Cetusan Qalbu :

Pencinta Shahid

Peperangan

Sentuhan Hati Oleh : Cucu Tok Chekeli

Peperangan berlaku di merata-rata

Berlaku sini dan sana

Ramai manusia yang menderita

Akibat angkara sikap durjana


Wahai manusia ingatlah semula

Janji kita pada yang Esa

Hidup di dunia hanya sementara

Kelak dipanggil kembali semula


Apalah nasib bangsaku kini

Ditindas dihina juga dicaci

Siapakah yang bersalah dalam hal ini

Bermuhasabahlah diri sendiri


Renung-merenung diri sendiri

Bersediakah kita untuk menghadapi

Cabaran hidup di dunia ini

Sebelum kembali menemui Ilahi

Monday, July 02, 2007

Apa Dah Jadi

Malam sepi aku duduk sendiri

Mengadap Allah Rabbul izzati

Memikikrkan nasib bangsaku kini

Ditindas dari hari ke hari


Bangkitlah wahai bangsaku semua

Bangkit dari tidur yang lena

Bangkit menuju Allah yang Esa

Pemilik segala apa yang ada


Apa dah jadi dengan kita semua

Terleka oleh permainan dunia

Tiada untung banyak ruginya

Menyesal di sana tiada gunanya


Selagi roh dikandung badan

Selagi peluang masih diberikan

Gunakanlah segala kesempatan

Untuk beramal sebagai bekalan

Demi menuju negeri yang berkekalan.


Hasil Nukilan :

Cucu Tok Jambul

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada
Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk
dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka
itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke
tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih
bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.
serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat
orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam
tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar
kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg
Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat

...............................................

Ulasan Oleh : Ku Ingin Kembali Usul

Assalamualaikum....salam sejahtera pada sidang pembaca sekalian...merenung pada petikan di atas...adalah diketahui umum pada seluruh umat islam tentang kedahsyatan azab Allah (Neraka).Semuanya sudah mengetahui sifat-sifatnya,kandungan isinya,malaikat penjaganya,malaikat yang ditugaskan untuk mengazabkan mereka yang derhaka pada Allah Yang Maha Berkuasa,namun tahu sekadar tahu,tiada persediaan yang bakal diambil bagi mengelakkan kita semua dihumban ke dalam api neraka Allah s.w.t.Sedarlah wahai diriku yang hina dan umat islam sekalian,adakah kita layak untuk masuk syurga Allah?Atau adakah kita sanggup untuk menghadapi azab api neraka-Nya nanti.Semua jawapannya sudah ada pada diri kita.Jalan ke jalan yang benar telah ditinggalkan,tinggal hanya untuk kita lalui dengan sebaiknya.Semoga Allah rahmati kita semua.